Ruang yang sempit di bilik tidur menjadi permulaan tercetusnya idea Puan Akhyar Aulya dan suami untuk menukarkan bilik ke-3 mereka kepada mini surau mereka.
Puan Akhyar Aulya yang baru pindah ke rumah barunya (rumah pertama) berbincang bersama suaminya untuk memaksimumkan penggunaan bilik ke-3 mereka. Kami menggunakan bilik ke-3 ini sebagai Mini Surau, Mini Ofis dan Bilik Menggosok.
Jom kita lihat perkongsian beliau dibawah.
Keluasan Bilik Ke-3 – 10.3 x 10.6ft
Bukan rumah besar sahaja yang boleh membina bilik/ruang solat tetapi rumah biasa juga, katanya.
“Alang-alang memang nak solat di bilik tu, jadi kami bercadang untuk buat islamic decoration. Islamic + Nordic memandangkan tema rumah kami nordic – marble.”
Puan Akhyar juga berkata, terdapat dua jenis kertas dinding iaitu gam dan pelekat. Kertas dinding pelekat lebih murah berbanding jenis gam.
“Ambil masa juga untuk kami mencari kertas dinding bercorakkan Islamic kerana masih kurang di pasaran. Akhirnya kami memilih pelekat kertas dinding yang paling murah.”
Tambahnya, jika menggunakan kertas dinding jenis gam agak leceh. Bagi yang kurang mahir perlu mengeluarkan kos untuk upah pemasangan.
Harga kertas dinding untuk saiz standard (7ft x 5ft) dianggarkan dalam RM260.
“Tetapi untuk rumah saya, kami buat full height hingga ke siling. Ukurannya 10.5ft x 6ft, yang menelan kos dalam RM4,000 lebih. Kami pasang sendiri,” katanya lagi.
Sumber: Akhyar Aulya