Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Sistem Kesihatan Di India Dilapor ‘Lumpuh’, Rekod Lebih 200,000 Kes COVID-19 Sehari

Walaupun COVID-19 di beberapa negara seperti di New Zealand dan Australia telah menunjukkan penurunan yang ketara, India masih lagi menghadapi waktu-waktu ‘suram’ apabila sistem kesihatan negara itu telah lumpuh selepas COVID-19 terus merebak dengan cepat.

Menurut Daily Mail, 259,170 kes lagi yang telah direkodkan pada Selasa dengan 1, 761 kematian. Ia merupakan jumlah harian tertinggi di dunia.

Negara itu juga dikatakan telah dimasukkan ke dalam ‘senarai merah’ oleh kerajaan Britain.

Ekoran itu juga, perintah berkurung selama seminggu telah dikuatkuasakan bermula semalam di New Delhi.

Bandar yang dihuni oleh 29 juta 0rang itu ketika ini mempunyai kurang dari 100 katil dengan ventilator dan manakala kurang dari 150 katil tersedia untuk pesakit yang memerlukan rawatan kritikal.

“Sehingga bulan lalu kami telah membakar 20 mayat sehari, tetapi sejak awal April lalu, kami mengendalikan lebih 80 mayat sehari,” kata seorang pegawai tempatan di Ramnath Ghela Crematorium.

Ketika memerangi kes yang semakin meningkat, India telah mengumumkan pada Isnin bahawa ia akan memberi vaksin kepada semua orang yang berumur 18 tahun dari 1 Mei.

Negara itu setakat ini telah mencatatkan lebih daripada 15 juta jangkitan dan lebih daripada 178,000 kematian.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story