Siakap Keli
Foto: Facebook

(Video) Minyak Masak Melimpah, Lori Tangki Terbabas, Rempuh Penghadang Jalan Di Plaza Tol Juru

Sebuah lori tangki muatan minyak kelapa sawit terbabas dan merempuh penghadang besi di plaza Tol Juru menghala ke utara hari ini.

Kejadian tersebut menyebabkan tangki minyak pecah dan melimpah ke atas jalan raya. Setakat ini, dua lorong di plaza tol tersebut terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembersihan oleh pihak PLUS.

Bagaimanapun, menerusi laman Twitter Plus memaklumkan keadaan trafik kembali terkawal.

Menerusi laman Facebook pengguna jalan raya tersebut berkongsi video dan beberapa foto kejadian minyak tumpah membanjiri jalan raya tersebut.

 

Sumber: Syamsul Ramli

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang