Tak kira rumah besar atau kecil, ruang untuk meletakkan barang-barang lama pasti akan sentiasa penuh. Kadang-kadang ‘petak’ kepala memikirkan untuk menyusun barang-barang yang rosak dan tak digunakan.
Yelah, kalau nak letak depan rumah nampak tak elok pula mata memandang. Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, kebanyakan orang pasti akan membakar barang-barang tersebut atau membuang di tempat yang tak sepatutnya.
Bermula hari ini, tak perlu lagi lakukannya kerana ada perkhidmatan yang boleh mengangkut semua barang lama tersebut.
Khas untuk penduduk di Selangor, anda sebenarnya boleh membuat aduan di iClean Selangor untuk mengangkut barang-barang itu tanpa perlu membuat sebarang pembayaran!
Mudah digunakan, aplikasi yang dilancarkan pada 2016 itu memperuntukkan pengguna untuk mengisi maklumat diri dan memuatnaik gambar-gambar barang yang ingin dibuang, setelah itu aduan anda akan direkod dan dipantau.
Turut menggunakan aplikasi itu, Azura Backar menerusi Facebook menyeru orang ramai di Selangor untuk menggunakan aplikasi itu dan mengelakkan dari membuang sampah di tempat yang tidak sesuai. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Thank you iClean Selangor! Sebelum ni puas fikir mana nak buang barang-barang rumah yang tak pakai dan rosak. Mudah sangat guna Apps iClean Selangor. Hari Sabtu buat aduan, Isnin dapat call untuk diorg datang ambil. Pagi ini lori datang angkut semua. Alhamdulillah clear dah semua. Yang paling best FOC!!! PERCUMA!! So penduduk Selangor sila gunakan perkhidmatan yang ada. Elakkan buang sampah di tempat yang tidak sesuai.


Bagi anda yang tak tahu nak buang barang-barang rosak kat mana, anda boleh memuat turun aplikasi iClean ini di Google Playstore dan Apple Appstore.
Sumber: Azura Backar