Siakap Keli

(Video) Orang Ramai Bersorak Selepas Polis Yang Didakwa Bunuh George Floyd Akhirnya Didapati Bersalah

Reaksi orang ramai sebaik sahaja mahkamah memutuskan bekas anggota polis, Derek Chauvin yang didakwa membunuh George Floyd pada Mei tahun lalu didapati bersalah.

Ia dibaca oleh Hakim Peter Cahill selepas lebih 10 jam para juri membuat keputusan ini.

Chauvin yang mendengar keputusan itu di prosiding yang berlangsung di mahkamah tanpa bantahan dan kemudiannya di bawa ke Pejabat Syerif Hennepin Country.

Juri mendapati bahawa Chauvin bersalah atas tuduhan pembunuhan tahap kedua, pembunuhan tahap ketiga dan menyebabkan kematian.

Memandangkan pesalah tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, dia mungkin tidak akan dikenakan hukuman maksimum untuk setia tiga pertuduhan iaitu 40 tahun untuk pertuduhan pembunuhan tahap kedua, 25 tahun untuk pembunuhan tahap ketiga dan 10 tahun untuk menyebabkan kematian.

Namun, pesalah dijanka berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun enma bulan untuk pertuduhan pembunuhan kedua, 12 tahun enam bulan untuk pembunuhan ketiga dan empat tahun bagi tuduhan pembunuhan menyebabkan kematian.

Dalam kes ini, pendakwa raya bagaimanapun akan meminta hukuman lebih berat. Chauvin akan dijatuhkan hukuman selama 8 minggu dari tarikh sekarang.

Menerusi laman Twitter Bernama menyaksikan ribuan orang dihadapan mahkamah bersorak dan bersyukur Chauvin telah dijatuhi hukuman bersalah.

 

Sumber: Bernama, CNN

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang