Siakap Keli

Berlumba Dengan Masa, Bekalan Oksigen Kapal Selam Indonesia Yang Hilang Dilapor Hanya Mampu Bertahan 72 Jam

Bekalan oksigen kapal selam KRI Nanggala 402 milik Indonesia yang dilaporkan hilang semalam dilapor hanya mampu bertahan selama 72 jam sahaja.

Perkara berkenaan dilapor oleh CNA yang memetik kenyataan dibuat oleh Panglima Tentera Laut Indonesia (TNI-AL), Yudo Margono,

Menurut beliau lagi, kerajaan Indonesia akan mempertingkatkan lagi usaha mencari dan menyelamat kapal selam berkenaan ekoran ‘hayatnya’ dijangka berakhir Sabtu ini.

“Kami terputus hubungan dengannya pada 3 pagi semalam, jadi ianya (dijangka) akan berakhir pada 3 pagi Sabtu nanti,” katanya dalam satu sidang media, memetik laporan Channel News Asia.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto selaku mewakili kerajaan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi dalam usaha menyelamatkannya.

“Kami sangat optimis, kami mengharapkan yang terbaik,” tegasnya.

Kehilangan KRI Nanggala 402 itu mencetus usaha sama negara-negara sekitar dalam bergandingan membantu menjalankan misi pencarian termasuk Malaysia.

Terdahulu, kapal selam berkenaan dilapor hilang dan terputus hubungan sebaik sahaja dibenarkan menyelam. Siasatan awal mendapati kapal selam berkenaan mungkin berdepan dengan masalah kehilangan bekalan kuasa.

Ketika kejadian, kapal selam itu membawa seramai 53 kru dan dijadual terlibat dala latihan tembakan torpedo.

Sumber: Channel News Asia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'