Siakap Keli

(Video) Hari Bahagia Bertukar Duka, Bakal Suami Meninggal Dunia 16 Jam Sebelum Diijabkabul

Setiap pasangan yang bercinta pastinya mengimpikan hubungan yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Tetapi, sekuat mana pun kita merancang, jika takdir sudan menulis sebaliknya, siapalah kita untuk menolak ketentuan.

Seperti perkongsian video oleh seorang gadis di akaun Tiktok yang ternyata meruntun hati ramai warganet sehingga meraih 4.9 juta tontonan setakat ini.

Manakan tidak, video pada awalnya menunjukkan reaksi teruja si gadis dalam masa lima harı dari tarikh untuk dia disatukan bersama kekasih hati.

Namun, siapa menyangka, di pertengahan video senyuman si gadis bertukar air mata apabila bakal suaminya telah pergi 16 jam sebelum mereka diijabkabulkan.

Gadis berkenaan yang menangis di pusara sambil ditemani ahli keluarga hanya mampu memegang replika mas kahwin mereka. Malah, para vendor termasuk perancang majlis perkahwinan seperti yang dijadualkan dilihat turut hadir dengan wajah sugul untuk menemani gadis berkenaan.

Namun, gadis berkenaan tidak memberitahu punca kematian bakal suaminya yang juga merupakan seorang doktor. Dia dilihat tabah dan mengucapkan selamat tingal kepada arwah dan redha dengan segala ketentuan yang telah tertulis.

Tugas kamu suda selesai di dunia ini..

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen mengucapkan salam takziah dan mendoakan agar gadis berkenaan terus kuat menghadapi ujian tersebut.

@papiule

🥰🥰🥰🥰🥰

♬ original sound – Papiule – Papiule

Sumber: TikTok papiule

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.