Siakap Keli
Gambar: Mary's Laksa/Yati's Laksa

“Laksa Kini Jadi Lambang..,” Tak Sangka Di Australia Pun Ada Ramai Penggemar Laksa, Siap Buat Menu Sarapan

Sebut sahaja laksa, terlintas di kepala hidangan mi beras dengan kuah berasaskan isi ikan dalam pelbagai variasi mengikut tempat. Negeri-negeri utara dengan asam laksanya, mahupun laksa Kelantan dan Johor yang mempunyai keunikan tersendiri.

Namun, tak ramai yang tahu, rupa-rupanya di Australia pun ada laksa yang menjadi menu kebiasaan di sana. Malah, ia menjadi salah satu kegemaran penduduk Darwin, iaitu salah satu bandar di Australia yang terdekat dengan benua Asia Tenggara.

Bukan itu sahaja, menurut Australia.com, laksa di sana turut dijadikan menu ketika waktu sarapan selain mempunyai hari festival yang tersendiri pada November setiap tahun.

Terletak lebih dekat dengan Jakarta berbanding Sydney, Darwin juga mempunyai pelbagai variasi laksa, antaranya kari laksa Peranakan dan laksa Indonesia.

Malah, ia juga mudah didapati di Parap dan Mindil Beach Markets di mana terdapat gerai terkenal seperti Mary’s dan Yatis’ Laksa. Kongsi SBS.com, Yati’s Laksa yang menghidangkan laksa mengikut selera Melayu itu telah diasaskan kira-kira 20 tahun lalu oleh dua imigran dari Malaysia.

“Anda tak boleh anggap diri anda penduduk Darwin sebenar sehingga anda akui laksa sebagai makanan kegemaran anda.” –Australia.com

Gambar: Google

Laksa kini menjadi lambang kulinari -SBS

Yati's Laksa

Posted by Darwin International Laksa Festival on Tuesday, October 27, 2020

Laksa and curry puffs for breakfast. Perfection. And crepes

Posted by Robert Williams on Friday, April 2, 2021

@parapvillagemarket yesterday for breakfast #laksa. A must if you come to Darwin. My fave laksa stall was Yati’s 👌

Posted by Justine Schofield on Saturday, June 2, 2018

Sumber: Australia.com, SBS.com

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.