Siakap Keli

“Tak Kisah Kita Naik Motor..,” Wahai Lelaki, Jangan Lepaskan Gadis Yang Ada 13 Ciri-Ciri Ini

Bagi lelaki yang nak cari isteri janganlah letak kriteria utama berdahi licin saja. Pastikan yang mempunyai asas agama dan pandai menjaga hati mak ayah itu yang penting.

Apabila dikurniakan seorang pasangan dalam hidup, kita seharusnya menjaganya dengan sebaik mungkin kerana mereka adalah anugerah terindah untuk kita semua.

Jadi, hari ini SK nak berkongsi 13 ciri yang ada pada wanita yang tak perlu nak dilepaskan. Kalau terlepas, pasti rugi. Sebaiknya jaga mereka baik-baik sehingga akhir hayat.

Menerusi entri yang dikongskan oleh pakar kewangan, Azizul Azli Ahmad yang cukup dikenali di laman Facebook. Kali ini bukan bersembang tentang kewangan rumah lagi, tetapi mengenai tabung untuk para lelaki. Jom kita ikuti 13 sifat gadis yang gayanya sederhana dan dapat ‘menyelamatkan’ wang lelaki ketika berbelanja.

Gambar sekadar hiasan

Jangan lepaskan gadis yang gayanya sederhana dan menawan jiwa ini.

1. Tak kisah kita naik motor atau ada kereta tempatan saja. Dia tak pernah malu dengan apa yang kita ada.

2. Minat menyimpan dan faham apa itu pembaziran. “Ish bukan mahal ker minum kat stakbak tu?” soal dia bila kita nak belanja disitu.

Jika dia nak mengelak secara halus, dia akan tanya “Dah ada sijil halal ker sini”?

3. Impian kawinnya sederhana, kenduri kawin bukan macam dalam rancangan Nona atau Mahligai Impian.

“Malulah bang, saya tak pandai bergaya macam Fazura”

4. Lebih suka cerita nak beli rumah dari beg tangan LV atau Gucci yang kawan pejabatnya beli. Baginya, beg tak penting, isi dalam beg lagi utama!

5. Kadang kala belanja kita sebab dia tahu kita tengah perit himpun duit belanja untuk halalkannya.

Sekadar gambar hiasan

6. Makanan yang dia minta semua yang sederhana, bukan yang mahal hipster. Tetapi cuma rasa macam tayar kereta. Jika makan, pilihan lauknya sederhana bukan tenggiri 16 rasa.

7. Tiap kali hari jadi tak pernah mintak hadiah mahal, “U wish pun i dah bahagia rasanya”. Sambil dia lari sembunyi bawah meja, malu katanya
8. Bila tahu gaji kita kecil dia beri sokongan, sambung belajar, berniaga online dan berdoa agar kita berjaya.

9. Impian cutinya dalam negeri sahaja, paling jauh nak buat umrah dulu baru nak jalan kemana mana.

10. Dia tak kisah kita ada rumah kos rendah dulu, baru ada rumah mewah. Dia tahu rumah itu keperluan manusia.

11. Masuk waktu solat dia ingatkan kita, dah sembahyang atau nak masuk neraka cepat! .

12. Dia tak kisah nak lahirkan anak di hospital kerajaan, janji anak kita bersama katanya!

13. Bila tanya nak hadiah apa? dia hanya jawab

“Nak u jer dalam hidup i”. Cair beb…

Tolong bawak mak abah jumpa mak dia cepat cepat. Gadis begini laris di pasaran sekarang.

 

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang