Apabila memasak, setiap orang mempunyai resepi dan cara yang tersendiri untuk menyediakan juadah yang menyelerakan. Ada yang beranggapan bahawa memasak menggunakan peralatan memasak yang sudah lama akan menjadikan setiap hidangan lebih menyelerakan.
Mungkin juga kerana sayang untuk ditukar, ramai yang tidak sedar mengenai risiko menggunakan peralatan memasak yang terlalu lama dan rosak.
Tanpa disedari, ia akan memberikan kesan yang tidak baik terutama bagi tubuh badan masing-masing.
Seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia, orang ramai diingatkan untuk tidak menggunakan peralatan memasak yang sudah rosak seperti sudip kayu kerana ia mungkin akan menyebabkan serpihan kayu itu termasuk ke dalam makanan yang dimasak.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu, ikuti perkongsian di bawah ini.
Sila perhatikan peralatan memasak anda di rumah. Sekiranya ada peralatan yang telah rosak, terlalu lama dan sudah mula ada tanda tanda kerosakan , sila tukarkan kepada peralatan yang lebih selamat.
Seorang kanak kanak lelaki dikejarkan ke jabatan kecemasan setelah meraung raung di rumah kerana kesakitan di tekak.
Kejadian tersebut berlaku secara tiba tiba semasa sekeluarga sedang makan. Pemeriksaan mendapati terdapat serpihan kayu yang tertusuk di rongga tekak kanak kanak malang tersebut.
Kes di rujuk kepada doktor ENT untuk tindakan segera. Serpihan selumbar kayu yang berukuran hampir 11 milimeter berjaya dikeluarkan.
Rupa rupanya ia adalah serpihan sudip kayu yang digunakan di dapur yang telah mencemari makanan. Kanak kanak lebih berisiko kerana mereka tidak mahir merasa bendasing dalam makanan.
- Elakkan menggunakan peralatan memasak yang telah rosak
- Pilih peralatan yang berkualiti. Jangan terlalu murah
- Utamakan keselamatan makanan
Jadi anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati selepas ini dan tidak menggunakan peralatan memasak yang telah rosak kerana ia mungkin boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh badan.
Sumber: Public Health Malaysia