Siakap Keli

Kenali ‘Side Scan Sonar’, Alat Canggih Untuk Kesan Kapal Selam KRI Nanggala 402 Dari Dasar Laut

Pencarian kapal selam KRI Nanggala 402 masih diteruskan sehingga hari ini di perairan Bali dengan bantuan oleh KRI Pulau Rengat serta beberapa negara termasuklah Malaysia dan Australia.

Dalam pencarian ini, KRI Rengat turut membantu dengan menggunakan Side Scan Sonar.

Apa Side Scan Sonar itu?

Menurut Pusat Penelitian dan Pengembangan Geologi Kelautan, Side Scan Sonar ini merupakan peralatan menjalankan kajian laut yang menggunakan teknologi akustik, digunakan untuk memberi imej dari dasar laut.

Ia juga memanfaatkan sifat media dasar laut yang mampu memancarkan, memantulkan serta mengesan gemlombang bunyi.

Untuk pengetahuan anda, Side Scan Sonar ini juga digunakan untuk mencari mangsa yang tenggelam, atau mencari objek yang hilang di dasar laut.

Dalam sebuah jurnal bidang Hidro-Oseanografi menerangkan bahawa Side Scan Sonar ini mempunyai tiga bahagian.

Recorder ini diletakan di atas kapal manakala Towfish pula akan ditarik dari belakang kapal dan Towcable adalah alat yang menghubungkan antara Recorder dan Towfish.

Bagaimana cara kerja Side Scan Sonar?

Prinsip kerja alat ini dimulakan dengan Recorder yang menyalurkan aliran elektrik melalui Towcable ke Towfish.

Kemudiannya, Towfish akan mengubah aliran elektrik menjadi signal yang dipancarkan ke dasar laut. Signal ultrasonik dari objek di dasar laut kemudiannya akan dipantulkan kembali kepada Towfish. 

Signal ultrasonik yang diterima Towfish akan dikembalikan ke Recorder setelah diubah menjadi nadi aliran elektrik. Data yang diterima Recorder akan dirakam dan kemudiannya diolah dalam bentuk grafik atau data number. Selepas itu, analisis terus bermula.

 

Sumber: Kompastv

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang