Siakap Keli

“Kereta Tak Berbumbung,” Viral Video Kancil Kuning, Akhirnya Kereta Dan Pemilik Ditahan Polis

Sebuah kereta kancil berwarna kuning tanpa bumbung dengan tayar kereta hadapan yang pecah tetapi masih dipandu di jalan raya oleh seorang individu pernah menjadi tular di media sosial.

Susulan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah bertindak menahan kenderan berkenaan. Hasil pemeriksaan mendapati pemandu tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan selain keadaan kereta yang teruk.

Menerusi kenyataan di Facebook JSPT KL, turut ditahan adalah sebuah lagi kereta kancil berwarna hijau yang juga tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin kereta pecah di bahagian pintu belakang sebelah kiri.

VIDEO VIRAL KANCIL KUNING

Bertindak ke atas 1 video Viral Tik Tok berkaitan sebuah kereta kancil warna kuning yg tiada bumbung, diketuai YDH DSP Mohd Fadzli Mohd Yatim, Pegawai Turus Penguatkuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur telah tahan dan buat pemeriksaan ke atas sebuah kereta kancil warna kuning yang sama dalam video viral.

Pemeriksaan mendapati pemandu tidak mempunya lesen memandu. Kereta kancil kuning tidak mempunyai cukai jalan, tidak mempunyai bumbung dan tayar kereta hadapan sebelah kanan pecah.

Turun ditahan sebuah lagi kereta kancil warna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin pecah di bahagian pintu belakang sebelah kiri.

Kedua dua kereta tersebut ditahan dibawah Sesyen 64 APJ 1987 kerana tidak layak berada di atas jalan raya dan membahayakan kepada pengguna yang lain.

Summer: FB JSPT KL

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.