Bila berhasrat untuk menurunkan berat badan, anda perlu bersedia untuk ‘melepaskan’ segala amalan pemakanan tidak sihat yang diamalkan sebelum ini.
Mungkin boleh saja sesekali makan makanan itu tetapi perlulah dalam kuantiti yang sedikit.
SK kali ni akan berkongsikan tips diet dari Anis Suhailah yang telah berjaya menurunkan berat badan dari 63kg kepada 43kg dalam tempoh enam bulan.
Menurut perkongsiannya di Twitter, dia mengurangkan makanan atau minuman bergula dan sentiasa melakukan senaman.
Yall people be asking me how to start on losing weight but when I said "you have to cut sugar" then yall people goes "nope, no can't do. Anything but that." 🤷🏻♀️ SUGAR is the real enemy. pic.twitter.com/kY1e6PznUE
— Anis Suhailah (@_anisuhailah) April 24, 2021
Ketika dihubungi SK, Anis berkata bahawa dia hanya mengambil gula dala kuantiti yang terhad.
“Untuk bulan pertama sehingga bulan ketiga, saya buat cara puasa gula atau orang kata detoks gula. Gula di sini bermaksud excessive amount of gula. Badan kita masih perlukan gula untuk tenaga. Saya just amalkan pengambilan gula dalam kuantiti yang terhad kerana badan kita memerlukan gula untuk sumber tenaga,” katanya.
Dia juga menasihatkan untuk mengelakkan gula yang berlebihan seperti di dalam air gas, air cordial dan kopi susu.
“Gula bukan je dalam minuman dan makanan manis, tapi gula ni sebenarnya wujud juga dalam sumber karbohidrat yang lain contoh macam nasi, mee, roti dan sebagainya. So saya just cut gula dari makanan dan minuman manis (white sugar, brown sugar etc) tapi dalam masa yang sama masih makan nasi cuma saya amalkan suku-suku separuh,” katanya.
Tambahnya lagi, dia juga elakkan makanan bergaram dan bergoreng serta merajinkan diri memasak sendiri di rumah bagi membawa bekalan ke pejabat.
“So saya memang tak turun café/kantin langsung. Lepas tiga bulan, baru saya belajar calorie deficit. Masa ni dah ambik makanan dan minuman bergula tapi dalam kuantiti yang sangat terhad. Bila makan kat luar je saya ambik, tapi bila kat rumah, saya masak sendiri.
“Untuk ganti gula, saya amalkan minum air tembikai (my fav fruit) so dari sana saya dpt sumber dari natural sugar. Makanan pun saya ganti sama ada madu (setitik dua) drpd guna gula untuk bagi ada rasa manis sikit. Depends la masakan apa,” katanya.
Diharapkan perkongsian ini boleh membantu anda untuk berusaha menurunkan berat badan. Good luck!
Sumber: Anis Suhailah