Siakap Keli
Gambar: Azura Hamid

“Lagi Mencabar,” Berjaya Turun 28kg, Wanita Kongsi Cara Nak Kekalkan Berat Badan, Siap ‘Cheatday’ 2 Hari Seminggu

Setiap orang pastinya mengimpikan bentuk badan yang sempurna. Untuk mendapatkan bentuk badan yang diimpikan itu, perlu diingat bahawa tiada jalan pintas untuknya.

Namun sekiranya sudah dapat bentuk badan yang diidamkan itu, cabaran baru pula akan menyusul. Apakah cabarannya itu?

Cabarannya ialah bagaimana hendak mengekalkan bentuk badan tersebut. Perkara tersebut bukanlah suatu yang mudah. Ianya kerana, jika terlampau selesa sangat pun merbahaya juga, khuatir akan kembali ke bentuk badan yang lama semula.

Jadi bagaimana nak kekalkan bentuk badan tu? Seorang pengguna Facebook bernama Azura Hamid ada berkongsikan caranya mantain bentuk badannya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Semalam (12.3.2021) genap setahun mengamalkan diet cara sihat. Alhamdulillah.

Masih lagi di fasa maintain. Dalam setahun ni kadang berat naik dan turun. Area 57 kg – 60 kg. Kalau naik sampai 60 kg, cepat-cepat on track balik sebelum terus masuk ke lautan dalam. Kalau nanti-nanti, cepat je kot dia cecah 70kg. Sebab tu fasa maintain ni lagi mencabar dari fasa nak turunkan.

Pernah orang tanya kenapa beria-ria nak turunkan berat badan? Makan kena ikut portion. Kena dsss. Itu tak boleh makan, ini tak nak makan. Aishh, ruginye. Makan la selagi boleh makan. Dah sakit nanti dah tak dapat makan. Sayangnya kat lemak-lemak yang terkumpul. Hehe.

Ikut la pendapat dan cara pemakanan masing-masing. Sedaya upaya kita tak mau lagi berat macam zaman lampau. Sebab dulu selalu sakit kaki. Cepat penat, cepat mengantuk, sakit kepala. Ermm tak best rasanye macam tu, badan rase tak cergas.

Okey gais, sebelum ni kita pernah share kat group ni fasa kita turun kan berat badan. Sekarang kita nak share pulak macam mana kita buat untuk fasa maintain.

-Setiap hari mulakan sarapan pagi dengan kalori rendah. Contoh ambil rotiwm/telur/susu/buah/oat.

-Lunch cara dsss, tetap makan nasi.

Dinner sebelum maghrib. kalau time lunch dah amik nasi, time dinner skip nasi. Ganti dengan makanan lain. Contoh, sup sayur, ratah lauk-lauk je/makan ikan/ayam grill je + sayur/salad

Snacking, amik sebiji buah epal ke atau biskut hi fiber 2 keping cukup dah.

-Minum air kosong 8 gelas sehari.

Workout seminggu kita buat 3 kali je. Ride/joging/aerobik/tabata/skipping

Sabtu dengan ahad kita cheatday.

Itulah cara kita sekarang untuk kekal maintain. Kalau korang ada cara lain silalah guna. Kita just share je tau. Doakan kita terus istiqomah ye. Kita doakan pada yang nak turunkan berat badan teruskan dan jangan putus asa. You can do it!

Sumber: Azura Hamid Via Diet Suku Suku Separuh

Aqmal Ezany

I write what is right