Siakap Keli

Bukan Main Beli Je, Ini Benda Yang Perlu Ada Dalam Makanan Kucing Sebelum Pilih Untuk Membelinya

“Anda adalah apa yang anda makan.” Pasti ramai diantara kita yang pernah dengar pepatah ni kan? Pepatah tersebut membawa maksud bahawa makanan yang kita makan adalah penting dan ianya juga menentukan bagaimana tubuh kita berfungsi.

Jika kita memilih makanan yang seimbang, tubuh kita akan berfungsi lebih sihat dan jika kita memilih makanan yang tidak bagus untuk badan, badan kita akan berasa sebaliknya.

Perkara ini juga turut berlaku untuk ‘si manja’ kita yang juga bergantung pada jenis makanan yang kita berikan kepada mereka.

Justeru daripada itu, amat penting untuk mengambil tahu tentang diet yang baik kepada haiwan peliharaan, khususnya kucing bagi mengurangkan kos perbelanjaan perubatan mereka sekiranya ia jatuh sakit kelak.

Jadi bagaimana untuk mengetahui makanan kucing yang baik dan bahan yang perlu ada didalamnya?

Portal the spruce pets ada menjelaskan bahawa kucing memerlukan beberapa keperluan nutrisi asas. Antaranya ialah protein yang terdapat daripada daging, ikan serta ayam. Selain daripada itu juga kucing juga turut memerlukan Taurine, iaitu sejenis asid amino yang penting untuk penglihatannya. Seterusnya kucing kesayangan kita juga memerlukan vitamin, mineral, enzim dan asid lemak lain. Dan yang paling asas sekali adalah air.

Oleh itu, pilihlah makanan kucing yang anda rasa terbaik buat kucing kesayangan anda. Dan jika anda tidak mahu pening-pening kepala, pilihlah jenama ProDiet.

Pelbagai jenis makanan kucing yang dijual di pasaran terdiri daripada makanan basah, makanan kering dan lain-lain dengan perisa yang berbeza. Bagaimana kita hendak tahu mana yang terbaik untuk kucing kita?

ProDiet terkenal dengan ketulenan 100% Makanan Laut sebenar dalam makanan basah mereka yang dijamin mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh kucing.

Bukan sahaja makanan kering dan makanan basah, kalau kucing kesayangan anda tidak gemar minum air, boleh cuba broth (sup) ProDiet yang sangat segar serta mengandungi kandungan air yang tinggi, tambahan lagi, ianya merupakan sup berkualiti unggul yang diperbuat dengan daging parut asli dan sayur-sayuran yang kaya dengan nutrien.

Berita baik buat pencinta haiwan. Sempena tibanya bulan Syawal ini, ProDiet ada mengeluarkan pek istimewa edisi Raya.

Pek edisi Raya ini hanya didatangkan dalam perisa Ocean Fish 8kg sahaja. Yang paling menariknya, pek untuk edisi Raya ini boleh digunakan semula untuk menyimpan barang atau apa-apa sahaja. Sudahlah cantik, malahan pek ini juga boleh dikitar semula seterusnya dapat mengurangkan pencemaran dan menyelamatkan alam sekitar. Pek edisi Raya ini didatangkan dengan beg dalaman yang dapat membantu mengekalkan kesegaran produk ProDiet. Dalam pek edisi Raya 8kg ini, terdapat 16 beg 500g makanan ProDiet didalamnya.

Dah nak menjelang Raya nanti, mesti ramai diantara kita yang nak pakai barangan memasak yang banyak kan. Berita baik untuk anda kerana, ProDiet juga ada buat contest. Hadiah yang ditawarkan juga agak menarik. Nak tahu macam mana nak menyertai dan apa hadiahnya?

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Snap dan muat naik satu gambar/video yang bertemakan “Gaya Raya Bersama ProDiet”. (Pastikan terdapat gambar atau pun rakaman Si Comel anda bersama dengan produk ProDiet)
  2. Tag @prodietmalaysia dan guna hashtag #gayarayabersamaprodiet #prodietraya

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan peraturan peraduan ini, rujuk akaun media sosial ProDiet.

Anda berpeluang untuk memenangi hadiah utama daripada Tefal yang berupa Tefal Home Chef Smart Pro Multicooker produk daripada ProDiet. Dah menang hadiah ni nanti bolehlah guna untuk hari Raya nanti.

Peraduan ni akan bermula pada 21/4/2021 nanti dan berakhir pada 4/5/2021. Pemenang untuk pertandingan ini pula akan diumumkan pada 6/5/2021.

Klik sini untuk maklumat lebih lanjut tentang peraduan ini.

Facebook

Instagram

Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.