Siakap Keli
Gambar Via Google

(Video) Hospital Hampir Penuh & Tak Mampu Tampung Pesakit, Kes COVID-19 Di India Meningkat Melebihi 300,000 Sehari

Keadaan di India kini semakin gawat setelah kes COVID-19 nampaknya terus meningkat dengan mendadak.

Lebih menyedihkan, ‘tsunami virus’ itu juga memperlihatkan ramai pesakit yang meninggal dunia kerana kekurangan alat oksigen dan tidak diberikan rawatan yang sepatutnya.

Dengan lebih 300,000 kes sehari, kebanyakan hospital di negara itu sudah penuh dan tidak lagi mampu menampung pesakit-pesakit yang terus meningkat setiap hari.

Menurut BBC, orang ramai terpaksa mencari jalan lain untuk mendapatkan rawatan bagi pesakit yang sakit di rumah. Mereka juga terpaksa membayar sejumlah wang untuk mendapatkan silinder oksigen untuk ahli keluarga masing-masing.

“Setiap hari, keadaannya sama. Kami diberikan oksigen selama dua jam, kami hanya mendapat jaminan dari pihak berkuasa,” kata seorang doktor.

Pihak hospital dan doktor juga telah memaklumkan bahawa mereka tidak dapat mengatasi masalah pesakit yang ramai, lapor CNA.

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu, dapat dilihat situasi genting yang dialami di sana dengan orang ramai yang berkerumunan di luar hospital.

Ada di antara mereka yang sedang menahan kesakitan di atas lantai dan sedang menunggu untuk menerima rawatan.

Melihat situasi itu, Amerika Syarikat dilaporkan akan segera menghantar bantuan bahan mentah untuk vaksin COVID-19, peralatan perubatan dan alat pelindung.

Negara itu juga dikatakan akan menyediakan oksigen dan bekalan yang berkaitan kepada India.

“Sama seperti India yang mengirimkan bantuan ke AS ketika hospital kami mengalami kebanjiran pesakit, kami bertekad untuk membantu India apabila diperlukan,” kata Presiden AS, Joe Biden menerusi Twitter.

Sumber: BBC, CNA

"