Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Ketika berkhemah di hutan, antara aktiviti ‘wajib’ yang akan dibuat adalah menghidupkan unggun api untuk tujuan memasak mahupun sebagai ‘pemanas’. Ada yang guna ranting-ranting kayu, ada juga yang guna kayu arang.
Bercerita pasal hidupkan arang ni, mungkin ramai yang pernah dengar pelbagai tips. Ada yang kata, lebih mudah kalau guna ranting halus. Ada pula yang guna daun kering, malah ada juga yang guna kotak telur. Tak kisah mana satu, semuanya tetap boleh hidupkan api.
Tapi ada satu perkara yang mungkin ramai terlepas pandang, iaitu teknik susunan arang. Nak tahu tak, walaupun kita ada ‘fire starter’ terbaik sekalipun, tapi kalau salah cara susunan arang, boleh jadi api tu sukar nak hidup.
Baru-baru ini pengguna TikTok, @fitrinm2702 ada berkongsi tips mudah hidupkan api arang. Secara umumnya, si gadis ini tak gunakan pun ‘fire starter’ yang biasa dijual di kedai, sebaliknya hanya gunakan cebisan kotak telur, tisu dan minyak.
Tapi menariknya, kayu arang yang disusun bukan ‘main campak’ saja. Taknak berceloteh panjang, jom ikuti tips yang dikongsikan Fitrinm2702 di bawah ini.
Fitrinm2702 ada memuat naik video rakaman bagaimana dia menghidupkan api guna arang. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah, tak perlu cari di kedai, punggah saja di dapur. Pasti jumpa.
Arang
Kotak telur
Tisu
Minyak
Kipas/sumber angin
Lima bahan ini mungkin nampak mudah. Tapi kelebihan teknik ini adalah terletak pada susunan arang di mana dia menyusun arang secara berbentuk menara dan ada ruang lubang di tengah-tengah.
Susun arang jadi macam menara, pastikan ada lubang di ruang tengah
Ambil kotak telur, carik-carikkan jadi lebih kecil
Bakar hujung tisu sebagai ‘pemula api’ & letak di lubang di tengah arang
Masukkan cebisan kotak telur tadi ke dalam lubang & biar api mula ‘makan’ sedikit demi sedikit
Renjiskan minyak sekali-sekala supaya api cepat marak
Masukkan lagi cebisan kotak telur sampai api jadi lebih marak
Hidupkan kipas agar anginnya dapat meniup api & jadi lebih marak
Apabila arang sudah bertukar warna menjadi kelabu, itu tandanya kita boleh siap membakar/memanggang
Untuk kefahaman lebih mudah melalui visual, jom tonton videonya yang dikongsikan ke TikTok di bawah ini. Selamat mencuba.
Sumber: TikTok fitrinm2702