Siakap Keli

Ramai Yang Konon-Konon Tau, Tapi Ini Sebenarnya Modus Operandi Siakap Keli

Setiap kali jumpa client atau ada orang datang office, semua ingat Siakap Keli (SK) ni beroperasi hanya secara home-based atau istilah kasarnya, duduk rumah park laptop atas riba sambil taip berita.

Acap kali kami didatangi dengan anggapan demikian, mungkin kerana ada segelintir yang tidak menyangka platform media kreatif seperti SK dan page lain-lain boleh ditubuhkan secara profesional.

Mungkin ramai yang nak tau macam mana terwujudnya SK?

Ditubuhkan tiga orang pelajar universiti

SK ‘dibangunkan’ tiga orang pelajar sebuah universiti di Kuala Lumpur sejak 2013 tanpa sebarang pembiayaan dana daripada siapa-siapa dan ketika itu, SK masih beroperasi secara minimal (home-based).

Setelah tiga tahun, satu syarikat besar diberi nama Maharsuri Sdn. Bhd ditubuhkan oleh pengasas yang sama pada tahun 2017, dimana SK pada saat ini diletakkan dibawah naungan syarikat ini bersama-sama subsidiari lain antaranya; Wiser.my dan Gamers on Duty.

Menjawab desas-desus sebelum ini, Siakap Keli tidak pernah dijual kepada mana-mana pihak mahupun pengurusan, SK masih dimiliki pemilik yang sama sejak 2013, serta dimiliki oleh orang melayu Islam.

Kenyataan ini dibuat berikutan terdapat beberapa individu yang mengaku sebagai admin, pemilik dan sebagainya mahupun tuduhan liar sehingga memberi kesan kepada jenama ini.

Siakap Keli Sdn. Bhd. ditubuhkan menjadi sebuah organisasi tunggal pada 2020

Daripada tiga orang pada tahun 2013, SK mula berkembang dengan kehadiran empat hingga lima orang ahli baru pada tahun 2018.

Semakin berjalannya waktu, pada tahun 2020, Siakap Keli Sdn. Bhd. telah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah organisasi tunggal dengan kapasiti pekerjanya ketika ini yang hampir mencecah 30 orang.

Berkhidmat dengan ribuan jenama terbesar dalam & luar negara

Untuk yang tak tahu, ‘modus operandi’ Siakap Keli Sdn. Bhd. sama seperti page page dan media-media lain di luar sana, dimana menyediakan perkhidmatan pengiklanan digital.

Sepanjang perkhidmatan ini, SK telah menjadi medium pengiklanan ribuan jenama besar antaranya, Petronas, KFC, McDonald’s, Maybank, AirAsia, Sabella, FaithFleur, JamuMutyara, Kementerian Pelancongan, Kementerian Kewangan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan jenama luar negara seperti Tourism Indonesia, 21st Century Fox (dibawah Fox Network), dan United International Pictures.

Headquarters Siakap Keli Sdn. Bhd.
Headquarters Siakap Keli Sdn. Bhd.

Mungkin tidak sehebat label-label lain, namun, perjalanan hampir satu dekad ini cukup membanggakan orang-orang disebalik tabir jenama ini, Siakap Keli.

Siakap Keli Sdn. Bhd. diperakui sebagai Organisasi Kemakmuran Bersama

Terbaru, Siakap Keli Sdn. Bhd. terus kedepan apabila diperakui sebagai organisasi kemakmuran bersama melalui Sijil Perakuan e-Shared Prosperity Organisation (eSPO).

Perakuan ini diterima berikutan penilaian kendiri menerusi sistem eSPO membuktikan SK telah mengamalkan tiga (3) komponen utama dalam Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (PLWS).

Sijil Perakuan eSPO dibawah kelolaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) merupakan satu sistem dalam talian yang memperakui organisasi yang melaksanakan PLWS sebagai organisasi kemakmuran bersama.

Sijil ini diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Manfaat diperakukan dengan Sijil Perakuan eSPO

  • Perakuan sebagai organisasi kemakmuran bersama melalui Sijil Perakuan eSPO ini akan memberi nilai tambah kepada syarikat tidak kira kapasitinya selagi berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Dengan perakuan yang diiktiraf Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM), sekaligus meletakkan jenama syarikat lebih ‘premium’ sebagai majikan, kerana melaksanakan prinsip penciptaan dan perkongsian kekayaan bersama.
  • Kaedah pembahagian keuntungan yang saling menguntungkan kedua-dua majikan dan pekerja.
  • Meningkatkan keuntungan, prestasi, dan produktiviti perniagaan di mana insentif, faedah dan bonus dibahagikan secara adil kepada pekerja.

  • Sistem upah yang fleksibel membolehkan majikan menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi yang berubah di mana terdapat sikap tidak berat sebelah dalam menguruskan gaji dan faedah pekerja.
  • Mempunyai kelebihan dengan imej syarikat ‘berkualiti’.
  • Syarikat diperakui terbukti mempunyai persekitaran pekerjaan yang kondusif, adil dan kukuh.

Sebaris jenama-jenama besar seperti UEM Sunrise Berhad

Antara syarikat yang telah diakui sebagai organisasi kemakmuran bersama di bawah eSPO adalah UEM Sunrise Berhad, Denso Sdn. Bhd., KPJ Pulau Pinang, Hotel Shangri-La, MRCB dan banyak lagi.

Sehingga kini, hampir 5 juta pekerja mendapat manfaat daripada pengamalan PLWS di organisasi dan syarikat.

Sijil Perakuan eSPO diberikan berdasarkan skor yang dirumuskan mengikut tiga komponen, iaitu Bonus, Produktiviti dan Prestasi, dan Insentif Kemahiran. Program ini terbuka untuk semua industri.

Syarikat yang berminat untuk memohon Sijil Perakuan eSPO boleh melayari:

Pendaftaran

Facebook

Saluran Youtube PLWS

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.