Siakap Keli
Gambar: Google

Tak Sangka, Ini Rupanya Alasan Kenapa Semut Suka Hurung & Bersarang Dalam Barang Elektrik

Pernahkah anda alami situasi di mana kebanyakan barang dan perkakas elektrik di rumah anda dikerumuni semut? Lebih pelik lagi, haiwan kecil tersebut didapati ‘suka’ berkampung di sana, siap bersarang lagi.

Puas sudah kita halau, guna racun dan sebagainya. Sudahnya tidak lama selepas itu, ia datang semula macam tiada apa-apa yang berlaku. Pendek kata, langsung tidak pernah serik.

Kenapa ya boleh jadi begitu? Apa yang membuatkan semut-semut ini sangat gemar dengan barang elektrik? Mari ikuti penjelasan oleh laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) di bawah ini.

Gambar hiasan | Kredit: Google

Memang hairan melihat semut bersarang dalam kotak suis elektrik. Apa yang menyebabkan begitu banyak semut berkumpul di sana sehingga menyebabkan peralatan rosak?

Rupa rupanya, semut memang tertarik pada gelombang elektrik.. apabila mereka hampir, renjatan elektrik akan membunuh semut tersebut secara serta merta lalu membebaskan sejenis bahan kimia pheromones.

Bahan ini akan menarik lebih banyak semut untuk datang dan lebih banyak semut akan mati! Apabila terlalu banyak bangkai semut, barang elektrik akan rosak dan menyebabkan kerugian.

Untuk mencegah:-

  • Pastikan ruang ruang barang elektrik di rapatkan
  • Letakkan bahan penghalau semut di kotak elektrik
  • Sentiasa prihatin jika nampak semut mula berkumpul di barang elektrik
  • Lakukan pembersihan dengan berkala
Gambar: PHM

Sumber: Public Health Malaysia

Tak nak ada semut di rumah beli disini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'