Siakap Keli
Gambar via Reddit

(Video) Kelibat Makhluk Bongkok Misteri ‘Merangkak’ Di Tengah Jalan Bikin Seram, Ada Yang Dakwa Ianya ‘La Mona’

Sebuah video yang menampakkan sosok seakan-akan manusia membengkokkan badan ke belakang sambil berlari membuat netizen berdiri bulu roma.

Dalam video pendek ini, dapat dilihat sosok makhluk seperti manusia dalam keadaan membengkokkan badan ke belakang sambil berlari dengan keempat-empat kaki dan tangan.

Dapat dilihat juga beberapa ekor anjing sedang menyalak ke arah ‘makhluk’ tersebut.

Menurut Daily Star, rakaman CCTV ini diunggah oleh seorang pengguna akaun Reddit dengan nama u/fit_then_fat.

Rakaman makhluk misteri yang tertangkap pada waktu malam ini mengundang pelbagai reaksi warga net.

Lapor portal itu lagi, ada yang berpendapat bahawa makhluk tersebut adalah “La Mona“, entiti berupa ahli sihir dengan wujud monyet jadian dalam mitos Mexico.

Ramai yang tidak menolak kemungkinan bahawa video tersebut hanya rekaan semata, lapor Daily Star.

Tidak sedikit berpendapat bahawa ia hanya seorang individu yang sengaja ‘berjalan’ dengan kedua pasang kaki dan tangan secara membengkok ke belakang untuk tujuan yang tidak jelas.

A home security camera caught this on my country (Costa Rica) from Humanoidencounters

Sumber: Daily Star

Eyla Azri