Siakap Keli
Gambar via @drsandramd

Boleh Kurangkan Jerawat Dan Tak Kacau ‘Lipstick’, Ini Cara Pakai Pelitup Muka Untuk Wanita Cuba

Dalam fasa pandemik ini, kita diwajibkan untuk memakai pelitup muka sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pemakaian pelitup muka jelas bertujuan untuk mengurangkan risiko si pemakai daripada terdedah kepada jangkitan virus COVID-19.

Namun, muncul pula masalah lain akibat pemakaian topeng muka yang berterusan iaitu mask acne.

Mask acne terjadi apabila bakteria dan mikroorganisma berkumpul dan membiak di sebalik pelitup muka yang dipakai.

Apatah lagi dengan kewujudan kelembapan daripada nafas atau peluh, jerawat akan lebih mudah terbentuk.

Antara masalah lain yang mungkin dihadapi kaum wanita adalah lipstick tertanggal dan melekat pada bahagian dalam pelitup muka. Walaupun ia bukanlah masalah besar, tapi kadang-kadang menguji kesabaran juga.

Dengan mengikuti ‘trick’ daripada Dr Sandra Raman ini, kedua-dua masalah tersebut boleh diselesaikan.

Video yang diunggah Dr Sandra di laman TikToknya, @drsandramd, mendapat 97.5 ribu tontonan dan lebih tujuh ribu tanda suka.

Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

@drsandramd

hahaha! jumpa dh trick utk kurangkan mask acne dan jg selesa pakai 💄 tiktokguru drsandramd doctortiktok

♬ original sound – Sandra Raman MD – Sandra Raman MD

Sumber: TikTok @drsandramd, Hello Doktor

Eyla Azri