Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang & Taman Setiawangsa Ditutup Dua Hari – DBKL

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang dan Taman Setiawangsa akan ditutup selama dua hari bermula esok, maklum Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.

Tindakan ini susulan terdapat ancaman jangkitan COVID-19 di dua lokasi terlibat hasil analisa pengesanan contact tracing oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menerusi kenyataan media, DBKL menyatakan bahawa pengesanan itu telah dilakukan melalui aplikasi MySejahtera.

Berikutan itu, bazar berkenaan akan ditutup selama dua hari bermula 1 Mei (Sabtu) hingga 2 Mei ini.

MAKLUMAN AWAM

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Friday, April 30, 2021

Sumber: DBKL

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.