Siakap Keli

“Nak Beli 1kg Beras, 2 Biji Telur Kutip Duit Syiling Setiap Penjuru Rumah Dapat RM3.60”

Bukan senang nak senang. Semuanya memakan perjalanan yang sangat panjang dengan kehadiran tsunami dan taufan sebelum dapat meraih puncak kejayaan.

Akhir-akhir ni banyak kisah-kisah kejayaan usahawan tempatan yang kita baca dimedia sosial. Ini membuktikan rakyat Malaysia memiliki kualiti keusahawanan setanding negara luar. Seiring teknologi yang semakin pesat, untuk berjaya memerlukan kita berlari untuk sentiasa mencari ruang dan peluang.

Sama seperti kisah wanita ibu kepada empat orang anak ini. Pernah jatuh terduduk dalam hidup, merasai rasanya makan nasi berlaukkan air dengan wang dalam dompet yang hanya RM3.60 saat itu.

Masa awal memulakan perniagaan pada tahun 2013 ,saya pernah menjadi dropship kepada banyak produk. Bertukar dari satu produk ke satu produk hanya untuk mencari keserasian. Bila jual produk ni tak laku, kerja saya asik salahkan produk dan mula melompat ke produk lain.

Pada zaman kejatuhan, saya dan suami langsung tiada makanan di dapur dan yang ada cuma semangkuk beras dan telur sebiji. Saya terpaksa buat bubur yang sangat cair dan kongsi anak beranak. Waktu itu saya ada 2 orang anak dan sedang sarat mengandungkan anak no 3.

Pernah pergi ke kedai utk membeli 1kg beras dan 2 biji telur. Harga RM 3.60 bukak purse satu sen pun tiada. Allahuakbar. Terpaksa balik dan kutip duit syiling di setiap penjuru rumah hanya untuk RM 3.60. Kereta ditarik kerana 6 bulan tak berbayar. Bil TNB pernah dipotong kerana 3 bulan tak berbayar. Pernah mandi di Petronas dan masjid sebab bil SAJ kene potong. Akhirnya terpaksa keluar dari rumah yang kami tinggal sehelai sepinggang bersama suami dan anak-anak dan saya sedang sarat mengandungkan anak ketiga. Struggle sangat hidup waktu itu.

Saya pernah di kutuk, “Belajar sampai degree tapi jadi suri rumah jee. Habiskan duit suami. Kesian mak bapak berhabis duit hantar belajar tinggi tinggi.”  Pedih betul masa terima itu tapi dalam hati berkata, “Tunggu kau. aku akan pastikan aku boleh buktikan yang suri rumah sekarang bukan suri rumah biasa biasa.”

Kesukaran itu menyebabkan saya berdoa, “Ya Allah jika kau keluarkan aku dari kesulitan hidup aku berjanji bila aku bangkit aku akan bantu ramai suri rumah supaya mereka tak perlu rasa apa yang aku rasa.”

Alhamdulillah hasil dari kebengangan dengan kesusahan dan kutukan serta mendapat doa dan restu dari orang sekeliling kini saya telah bangkit untuk bantu lebih ramai suri rumah untuk jana pendapatan sendiri melalui perniagaan Sumosauna yang saya sedang jalankan. Saya start dengan suka sharing di facebook tentang kebaikan bersauna yang ramai tak tau, akhirnya saya mula menjual kerana ramai yang bertanya. Awalnya saya start perniagaan Sumosauna dengan pre order 5 biji Sumosauna.

Berbekalkan kepercayaan, customer membeli juga walaupun kena tunggu sehingga 2 bulan baru dapat barang. Saya juga bermula dengan menumpang bilik kecil di kedai runcit mak ayah saya di Pekan Nenas , Pontian. Atas permintaan ramai, saya kemudian tekad untuk bina team. Saya bermula dengan 5 orang dropship.

Nekad ingin mengembangkan lagi bisnes, saya memilih untuk berada di bawah bimbingan Datuk Wira Dr Hj Azizan Osman. Syukur, atas bimbingan, saya telah berjaya melahirkan 3 jutawan pada tahun 2020 dan tahun 2021 saya mensasarkan untuk melahirkan 50 orang jutawan suri rumah. Sumosauna juga berjaya melahirkan suri rumah yang bermula dari zero sehingga boleh mencapai income bersih 10,000 hingga 15,000 sebulan hanya dari rumah sahaja.

 Semoga visi Sumosauna melahirkan 10,000 jutawan suri rumah pada tahun 2025 dimakbulkan Allah. Tiada yang mustahil asalkan kita berusaha sebaiknya. Sehingga kini sumosauna mempunyai hampir 6,000 orang dropship. Kami mensasarkan untuk membantu sehingga 50,000 usahawan tahun 2021. Sumosauna juga mampu ada warehouse sendiri berkeluasan 12,000 kaki persegi. Mempunyai 25 orang staff dan mensasarkan akan membuka lebih lagi peluang pekerjaan selepas ini.

Saya betul betul komited membantu usahawan saya untuk mereka capai impian mereka kerana melihat mereka berjaya adalah impian saya. Sebenarnya secebis pengalaman jatuh bangun 7 tahun dalam perniagaan membuatkan saya sedar yang bisnes ini bukan tentang produk semata tapi lebih kepada membina jati diri. Macam mana kita kawal emosi. Kita perlu jadi nakhoda dalam sesebuah kapal jadi kita perlu kuat untuk menghadapi segala cabaran dan badai yang datang melanda dalam perniagaan. Saya pilih untuk terus kuat demi menjadikan bisnes Sumosauna sebagai platform untuk membantu suri rumah keluar dari struggle mereka.

Saya nak tolong ramai lagi, boleh klik link disini.

Sumber: Hazirah Maulana

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.