Siakap Keli
Gambar Via India Today

Tiada Ambulans, Lelaki Terpaksa Ikat Mayat Bapa Mangsa COVID-19 Atas Bumbung Kereta Bawa Ke Tempat Persemadian

Seorang lelaki dilaporkan telah mengikat mayat bapanya di atas bumbung kereta dan memandu ke krematorium di Agra’s Mokshadham setelah gagal menemui ambulans.

Situasi itu telah menyebabkan orang ramai sebak dan menangis semasa upacara pembakaran.

Sementara itu, bandar Agra merekodkan lebih 600 kes COVID-19 setiap hari dan seramai 35 orang telah meninggal dunia sejak sembilan hari yang lalu, lapor India Today.

Peningkatan kes tersebut pastinya memberi kesan kepada perkhidmatan ambulans. Orang ramai terpaksa menunggu hampir enam jam untuk memabawa mayat mangsa COVID-19 ke tempat pembakaran mayat.

Hospital swasta di bandar itu dipercayai tidak menerima pesakit dan  daerah berdekatan seperti Mainpuri, Firozabad dan Mathura pula menghantar pesakit kritikal ke bandar.

Tidak cuma itu, semasa gelombang kedua digambarkan sebagai ‘tsunami’, pesakit COVID-19 telah meninggal dunia di jalanan ketika mereka mencari hospital.

Sumber: India Today

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.