Siakap Keli

Bekalan Oksigen Dari New York Selamat Tiba Di New Delhi, India

INDIA- Pada hari isnin (26 April) Air India telah membawa tong oksigen ke India dari Amerika Syarikat. Dikhabarkan oksigen tersebut diterbangkan dari New York ke New Delhi, India.

Kapal Terbang Air India berlepas dari Lapangan Terbang JFK (John F.Kennedy) pada hari Ahad dan selamat tiba di Delhi. Ketibaan 328 bekalan oksigen dari New York itu diumumkan oleh Menteri Penerbangan Awam, Hardeep Puri.

Seterusnya, bekalan oksigen diberikan kepada hospital-hospital di seluruh negara India yang kekurangan bekalan.

Dilaporkan 20 orang mati di Hospital Emas Jaipur Delhi kerana kekurangan oksigen pada Sabtu lalu.

“Semua usaha bagi melawan wabak ini sedang berlangsung. 318 tong oksigen dalam penerbangan,” kata Puri di akaun Twitternya isnin lalu.

Sumber: India Today

Atiqah Aliah