Siakap Keli

(Video) Tak Perlu Beli Katil Baru, Ini Cara Nak Deko Kepala Katil Nampak Mewah Tapi Murah

Mesti ada di antara kita yang lebih suka bilik tidurnya kelihatan seperti hotel yang mewah? Ya, bilik tidur memainkan peranan penting untuk kita. Ye lah, letih balik kerja mestilah nak berehat dengan penuh selesa dan bergaya kan?

Pernah terfikir nak beli katil yang mewah dan nampak gah, tetapi bila difikir berkali-kali modalnya agak tinggi tambahan pula kalau ‘custom made’.

Kepala katil macam ini memang akan buat bilik nampak mewah dan cantik. Cuma kalau beli harganya boleh tahan juga.

Jadi, lelaki ini kongsi cara DIY kepala katil hanya menggunakan 3D wall sticker sahaja, hasilnya memang tampak mewah dan eksklusif. Boleh saja nak jimat tapi korang kena rajin buat sendiri seperti yang dikongsikan oleh Merrahim ini.

Menariknya, dia hanya menggunakan 3D wall sticker yang dibelinya dari Shopee sahaja.

Jom, tonton rakaman video DIY ringkas di bawah ini untuk jadikan panduan. Boleh dapatkan 3D Wall Sticker murah di SINI

@merrahim29

semoga membantu.. lambat bt tutorial kepala katil sbb bz gan keje..maaf jika ada kekurangan vid ni😊 #esekeli #diy #deko

♬ Mabuk Lagi (Remix) – syhhafiq

@merrahim29

Kecewa vtt pasal diy kepala katil kena banned.. Terpaksa up yg lain semula.. Sory 😔#shopee #esekeli #diy

♬ Stay with Me cover by Chris – Chris Andrian Yang

 

Sumber: Meerahim29

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.