Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita
Tempahan untuk vaksin keluaran Oxford, iaitu AstraZeneca di negara ini akan dibuka pada 2 Mei esok, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun tempahan vaksin tersebut dibuat adalah berdasarkan ‘first-come first served basis’, jelasnya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.
Berdasarkan infografik maklumat yang disertakan, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan bagi tempahan esok. Antaranya pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
Selain itu, tempahan tersebut hanya dibuka untuk mereka yang telah mendaftar vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini. Pemohon juga mestilah menetap di Kuala Lumpur atau Selangor. Tempahan boleh dibuat di www.vaksincovid.gov.my
Sumber: Twitter