Siakap Keli
Gambar: ERS

(Gambar) Suasana ‘Unik’ Ramadan Di Australia, ‘Tauke’ Bengkel Kereta Rai Sahabat Muslim Berbuka Puasa

Pernah tak kita lihat macam mana suasana berpuasa dan Ramadan di negara orang, khususnya negara ‘orang putih’? Tentu mereka ada budaya mereka sendiri kan? Kita mesti akan teruja bila tengok masyarakat Muslim di negara ‘orang putih’ yang umumnya bukan negara Islam.

Kalau di Malaysia dan Indonesia, mungkin kita hanya anggap ‘biasa’ je sebab memang kawasan kita. Orang yang kita nampak pun  sedarah Melayu/Asia macam kita juga. Tapi kalau tengok ‘mat saleh’, mungkin dianggap unik sebab bukan orang kita.

Semalam, syarikat baiki kereta antara yang terkenal di Australia, Evolution Racing Spares ada menjalankan aktiviti berbuka puasa di bengkel tersebut. Katanya, majlis berbuka atau disebut ‘ifthar’ itu bagi meraikan rakan-rakan Muslim di sana.

Mereka berkongsi gambar suasana berbuka puasa dan solat berjemaah menerusi laman Facebook Evolution Racing Spares. Jom tengok suasana masyarakat Muslim di sana, syok betul.

“Ada jalankan majlis berbuka puasa semalam di ERS! Saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang datang,” tulis kapsyen ringkas dalam perkongsian itu.

Gambar: Evolution Racing Spares

Suasana sebelum masuk waktu berbuka puasa. Rakan-rakan Muslim bertandang ke bengkel ini untuk menikmati santapan juadah berbuka yang disediakan. Kalau korang nak tahu, ‘bos’ atau pemilik Evolution Racing Spares ni sebenarnya seorang Muslim tau, namanya Jamal Assad. Manakala ketua mekanik pula juga seorang Muslim, namanya Yasin Khan.

Gambar: Evolution Racing Spares

Bengkel ini terletak di Yennora, sebuah kawasan dalam bandar New South Wales di Sydney. Ia dikatakan menjadi ‘lubuk’ tumpuan bagi pemilik dan peminat beberapa kereta berjenama kelas tinggi macam Toyota, Mitsubishi dan Subaru di sana.

Kepakaran mereka di sini adalah membaiki kerosakan, menyediakan alat ganti, menyelenggara dan banyak lagi pada harga yang sangat ‘mesra poket’. Menariknya, antara kereta yang  menjadi ‘permainan’ mekanik di sini ialah Mitsubishi Lancer Evolution 1-10, GSR, RALLIART, Toyota GR Supra & GR Yaris, 86 dan Subaru BRZ.

Gambar: Evolution Racing Spares
Gambar: Evolution Racing Spares

Berdasarkan keadaan dalam gambar ini, langit kelihatan masih agak cerah. Maka mereka dipercayai memulakan dulu sesi berbuka dengan sedikit makanan, kemudian solat Maghrib berjemaah terlebih dahulu.

Sempoi je, mereka solat terus di luar perkarangan bengkel dengan hanya beralaskan kotak. Tiada penjarakan fizikal dalam solat? Mungkin kadar jangkitan COVID-19 di sana agak rendah dan masih berada pada paras selamat.

Selesai solat Maghrib, barulah mereka semua beratur untuk mengambil juadah masing-masing. Situasi macam ni saling tak tumpah macam aktiviti berbuka puasa di masjid di Malaysia. Hmm rindu kan nak berbuka di masjid?

Gambar: Evolution Racing Spares
Gambar: Evolution Racing Spares
Gambar: Evolution Racing Spares

Jangan sangka ‘orang putih’ di Australia tak makan nasi ye. Lauknya pun bukan ‘kaleng-kaleng’. Nampak gaya macam menu utamanya nasi Arab. Mungkin sebab bos dia dipercayai orang Arab agaknya, jadi dia bawalah menu tradisi mereka tu ke sini.

Lepas juadah diambil, abang-abang ni pun duduklah di mana-mana tempat dalam bengkel tu. Baca doa bersama, berbuka puasa bersama sambil berborak. Macam kita jugalah kan. Nampak tak abang paling kiri tu, berbuka dengan air Redbull je. Beza dengan kita, paling-paling pun mesti air katira.

Gambar: Evolution Racing Spares
Gambar: Evolution Racing Spares

Duduk memanjang secara bersemuka macam ni memang jadi kebiasaan di mana-mana negara pun. Ianya seakan-akan duduk secara ‘Halaqah’ dalam majlis ilmu atau kelas tahfiz Quran.

Sempoi je, berbuka puasa ramai-ramai di meja, sambil borak dengan kawan sebelah. Kat atas dan sekeliling pula ada tayar, alat ganti ‘original’, kereta, mesin dan banyak lagilah. Senang kata, sambil berbuka sambil ‘cuci mata’.

Gambar: Evolution Racing Spares
Gambar: Evolution Racing Spares

Yang paling best adalah apabila seseorang yang alim turut dijemput sama dalam majlis tu. Lihat gambar di atas, kelihatan seorang lelaki dipercayai ustaz yang berkopiah, berjambang dan berjubah sedang menyampaikan tazkirah.

Pinggan kat atas meja pun nampak macam dah kosong. Jadi maknanya mungkin sementara menunggu waktu Isyak, mereka penuhi waktu selepas berbuka tu dengan pengisian rohani. Subhanallah, hebat betul.

Begitulah sedikit gambaran suasana masyarakat Muslim di negara ‘orang putih’ berpuasa di bulan Ramadan. Hanya berbeza warna kulit dan bahasa, tapi tetap percaya pada satu akidah dan jalan yang sama.

Sumber: Evolution Racing Spares / FB ERS

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'