Siakap Keli

Ini Caranya Korang Nak Makan Harumanis Dari Perlis RM30 Lebih Murah Siap ‘Free Delivery’



Sejak kerajaan umum tidak boleh rentas negeri, agak sukar untuk Harumanis lovers nak merasa buah fresh dari Perlis kan? Ye lah, waktu ini je nak ambil peluang merasai kemanisan buah ini sebabnya ia hanya boleh didapati setahun sekali sahaja.

Jadi, masa ni lah untuk korang terjah mana-mana gerai yang berhampiran bagi menikmati kemanisan rasa harumanis. Tetapi mungkin di kedai mereka menjual stok lama dan keadaan buah tersebut tidak ‘fresh’.

Bukan tak ‘fresh’ je, kebarangkalian harga pun boleh mencanak naik daripada harga biasa. Alasan mereka, buah ini hanya berbuah setahun sekali sahaja.

Tetapi, jangan risau SK nak kongsi ‘cara’ lain yang akan membuatkan harumanis lover tersenyum sampai telinga.

Bagi yang sememangnya peminat harumanis, tak risau pun sebab kami ada ‘cara’ terbaik menikmati mangga harumanis dengan harga 50% lebih murah hanya ikut tips di bawah. Wow.  Memang jimat dan sangat berbaloi.

Nak tahu bagaimana? Tak percaya? Ikuti perkongsian kami seperti di bawah. Lepas ni bolehlah menikmati kemanisan harumanis bersama-sama keluarga tercinta.

Kalau korang nak tahu, cara mendapatkan diskaun pembelian harumanis sebanyak 50% lebih murah hanya di Maybank Sama-Sama Lokal berkolaborasi bersama Jabatan Pertanian Perlis, korang hanya perlu melakukan pra tempahan menggunakan aplikasi mudah Maybank2u daripada Maybank tanpa sebarang caj tambahan.

Tambahan pula, misi Sama-Sama Lokal kali ini untuk membantu para pengusaha dan peniaga kecil untuk menarik nafas lega dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19 ini.

Bagaimana cara pembelian guna Maybank2u dan dapat diskaun RM 30 untuk setiap pembelian 3 kilogram buah mangga harumanis?

Berikut merupakan cara-cara untuk korang buat pra tempahan menggunakan Maybank2u dan dapat diskaun RM 30 ketika membeli harumanis. Mudah sangat.

1. Cuma daftar masuk di aplikasi Maybank2u

2. Klik Sama-Sama Lokal di bar menu sebelah kiri

3. Pilih 50% diskaun Harumanis Perlis

4. Boleh buat pra-tempahan di ruangan Menu dan masukkan promo kod raya 50RAYA

5. Masukkan maklumat peribadi

6. Bayaran akan ditolak terus daripada akaun dan selesai.

Promosi sah dari 26 April hingga 13 Jun 2021

Jangan lepaskan peluang ini kerana promosi hanya berlangsung pada 26 April hingga 13 Jun 2021 sahaja. Kini korang boleh Makan Sama-Sama menikmati kemanisan harumanis dengan diskaun sehingga RM 30 setiap pembelian tiga kilogram dan penghantaran percuma seluruh Semenanjung Malaysia dan sokonglah dusun lokal dan persatuan seperti Kelompok Harumanis Perlis.

Jangan lupa guna promo kod raya: 50RAYA

Untuk maklumat lanjut sila layari sahaja Maybank2u. Jangan lupa  ajak keluarga, rakan-rakan korang yang ada aplikasi Maybank2u (klik di sini) untuk sama-sama membeli harumanis dari Perlis ini sekarang juga.

Apa tunggu lagi, let’s sweet with harumanis with Maybank2u Sama-Sama Lokal.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang