Siakap Keli

Kenali James Wan Pengarah Hollywood Yang Lahir Di Sarawak, Pernah Arahkan Filem Fast & Furious 7

Mungkin anda pernah menonton filem Saw, sebuah siri filem bergenre seram dengan patung Billy yang sekali pandang berdiri bulu roma.

Tahukah anda, pengarah filem ini, sekaligus ‘pencipta’ Billy merupakan seorang anak kelahiran Sarawak?

Gambar via Google

James Wan dilahirkan di Kuching, Sarawak pada tanggal 26 Februari 1977. Di usia tujuh tahun, Wan berpindah ke Perth, Australia bersama keluarganya.

Minat Wan dalam bidang perfileman bermula dari ibunya yang selalu membawa Wan untuk menonton filem di panggung wayang. Ibunya, seorang jururawat selalu menceritakan pengalaman seramnya di hospital dan ia telah membentuk imaginasi Wan.

 

“Ibu sangat menyukai filem, dia mendedahkan saya kepada pelbagai genre filem, daripada filem seram, filem aksi Hollywood hingga filem kung fu dan aksi dari Hongkong,” kata Wan kepada Southeast Asia Globe.

James Wan debut sebagai pengarah filem Hollywood dengan filem Saw, pada tahun 2003 dengan bajet RM4.85 juta, namun mendapat pulangan kasar RM416 juta.

Sebelum Saw, pengarah berbangsa Cina ini mengarah filem sulungnya, Stygian, bersama Shannon Young. Filem pertama arahan Wan boleh dikatakan berjaya apabila memenangi Best Guerrilla Film di Melbourne Underground Film Festival pada tahun 2000.

Nama James Wan bukanlah nama baharu di industri filem Hollywood. Wan juga merupakan pengarah untuk banyak lagi filem seram Hollywood seperti Dead Silence, Death Sentence, The Conjuring, Lights Out dan dua siri filem Insidious.

Gambar via Google

Selain filem seram, Wan juga merupakan pengarah dua filem pecah panggung Hollywood, Fast and Furious 7 dan Aquaman.

Gambar via Google

Pengarah berbakat lulusan Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) Australia ini pernah diberi gelaran Variety500 Honoree (2017-2019) dan Hollywood’s New Leaders oleh majalah Variety.

Walaupun telah menempa nama dalam industri filem Hollywood, Malaysia tidak pernah luput dari ingatannya.

“Saya suka makanan Malaysia. Makanan kegemaran saya di Malaysia ialah laksa,” kata Wan dalam temubual bersama Southeast Asia Globe.

Sumber: Southeast Asia Globe, Variety

Eyla Azri