Siakap Keli
Gambar: Google

27 Tahun Hidup Sebagai Suami Isteri, Bill Gates Maklum Sudah Bercerai Dengan Melinda Gates

Jutawan terkenal dunia, Bill Gates mengumumkan perpisahan dengan isterinya, Melinda Gates selepas 27 tahun perkahwinan.

“Selepas berfikir panjang dan berusaha dalam hubungan kami, kami memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan ini,” tulis Bill di Twitter miliknya.

Bagaimanapun, pasangan yang mempunyai tiga cahaya mata itu akan terus bekerjasama dalam menggerakkan yayasan yang dibangunkan mereka sebelum ini.

“Kami akan terus bekerjasama di yayasan, namun kami tidak lagi percaya boleh terus bersama sebagai pasangan dalam kehidupan kami.

“Kami meminta ruang dan privasi buat keluarga kami untuk memulakan hidup baru,” katanya.

Pasangan itu bertemu pada 1980-an semasa Melinda menyertai firma Microsoft milik Bill sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Bill Gates merupakan individu keempat terkaya di dunia dengan nilai kekayaan $124 bilion, bersamaan kira-kira RM509 bilion.

Sumber: Twitter, BBC

Amira

Love yourself.