Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Tak Sedar Dirinya Hamil, Wanita Dilapor Selamat Lahirkan Anak Ketika Penerbangan Di Atas Lautan Pasifik

Seorang wanita telah melahirkan bayi lelaki pramatang di dalam kapal terbang Delta Air Lines melalui penerbangannya dari Salt Lake City ke Honolulu, tanpa menyedari bahawa dia hamil, lapor Daily Star.

Foto: Daily Star

Menurut portal itu, wanita itu telah selamat bersalin dalam penerbangan atas Lautan Pasifik setelah tidak menyedari bahawa dirinya hamil.

Wanita yang bernama Lavina Mounga tersebut telah bersalin pada 28 April di dalam kapal terbang Delta Air Line sepanjang penerbangannya dari Salt Lake City ke Honolulu.

Keseluruhan situasi itu dirakam dan dikongsi di Tiktok oleh Julia Hanson, dan kini video itu telah ditonton sebanyak lebih 13.4 juta kali.

Daily Star turut melaporkan bahawa video itu merakam kata-kata seorang lelaki berusia 23 tahun di kamera: “Seorang bayi baru dilahirkan di dalam kapal terbang ini”, sebelum kedengaran suara tepukan penumpang saat interkom berbunyi: “Berikan tepukan pada si ibu. Tahniah”.

Foto: Daily Star

Pesawat dilaporkan mendarat tiga jam kemudian, di mana penumpang terus duduk untuk membenarkan EMT menolong wanita itu keluar.

Sumber: Daily Star

Nurul Nabila