Siakap Keli

TERKINI: Ziarah Raya Di Kawasan PKP Dibenarkan Dengan Kehadiran 15 Tetamu Pada Satu-Satu Masa

Kerajaan memutuskan aktiviti ziarah pada hari raya dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan jumlah tetamu tidak melebih 15 orang bagi kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, manakala bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ziarah raya dibenarkan pada 1 sehingga 3 Syawal dengan kapasiti tetamu 20 orang.

”Bagi kawasan PKP ianya dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

”Bagi kawasan PKPB dan PKPP, ziarah hari raya juga dibenarkan iaitu daripada 1 sehingga 3 Syawal, namun begitu kawasan PKPB terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa manakala bagi kawasan PKPP kehadiran tetamu terhad tidak melebihi 25 orang pada satu-sama masa mengikut saiz rumah dan penjarakan fizikal,” katanya.

Tambah Ismail, bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ziarah raya sama sekali tidak dibenarkan dan hanya tertakluk kepada keluarga di dalam rumah sahaja.

Sumber: Sidang Media Ismail Saberi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.