Siakap Keli
Gambar: Iwan Pauzi

(Video) Mungkin Ada Yang Belum Mahir, Lelaki Ini Tunjuk Cara Nak Guna ‘Pro Mode’ Di Kamera Telefon

Telefon pintar yang semakin canggih pada hari ini dilengkapi dengan kamera berkualiti tinggi, malah ada yang dikatakan dapat menghasilkan gambar atau video yang sangat jelas. Pun begitu, teknik menggunakan kamera telefon bimbit perlulah betul supaya hasil yang diperolehi dapat menambat hati orang yang melihatnya.

Jadi, menerusi satu perkongsian oleh seorang lelaki di laman TikTok, dia menerangkan beberapa fungsi yang terdapat pada mode Pro di kamera telefon.

Antaranya ialah seperti berikut:

  1. F adalah untuk fokus, selaraskan bar untuk dapatkan fokus yang terbaik.
  2. Shutter Speed untuk kawal pergerakan subjek. Kalau tinggi S, subjek tak akan blur. Ni guna untuk tangkap subjek yang bergerak laju.
  3. Kalau shutter speed rendah, subjek akan kabur. Ni guna untuk light trail/light painting.
  4. ISO, untuk cerahkan atau gelapkan gambar.
  5. White Balance, untuk kawal mood surrounding. Sama ada nak buat cool mood atau warm mood.
@iwanpauzi_

Reply to @itsme.abell #promode #mobilegraphy #photography #learnontiktok #fypシ #foryoupage #fyp

♬ Wake up in the Morning – Tegami

Sumber: Tiktok @iwanpauzi_

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa