Siakap Keli
Tiktok: cheyennefissori

(Video)”Bagi Rasa Struggle 9 Bulan,” Ikat Tembikai Di Perut, Wanita Bagi Peluang Suami Rasa Cabaran Dialami Ketika Hamil

Perkabaran mengenai kehamilan seorang wanita pasti menjadi hal yang sangat membahagiakan bagi diri dan pasangannya. Namun, banyak yang perlu diharungi oleh seorang wanita hamil sepanjang sembilan bulan terutamanya ketika menjalani rutin kehidupan seharian dengan perut yang kian membesar.

Bagi para suami mungkin tidak akan dapat merasai keperitan sebenar yang dihadapi oleh si isteri dari awal kehamilan hingga melahirkan bayi, tetapi ada juga suami di luar sana yang cuba melakukan eksperimen untuk merasai pengalaman sakit bersalin dengan melakukan ‘labor pain simulation‘.

Baru-baru ini pula, suami kepada @cheyennefissori cuba menjalani eksperimen kehamilan dengan melakukan #watermelonchallenge. Video yang dimuat naik di Tiktok mereka berjaya meraih tontonan hingga lebih 100k.

Si suami cuba merasai ‘struggle‘ yang dialami isterinya sebagai wanita hamil sembilan bulan. Sebiji tembikai besar diikat di perut hadapannya dan sekeliling pinggangnya dililit dengan pelekat.

Apa yang menarik perhatian dalam video tersebut adalah kesukaran si suami untuk memakai kedua-dua kasutnya kerana tekanan daripada tembikai besar di perutnya. Situasi lain yang dirasai olehnya ialah sewaktu membaringkan diri dan bangun daripada katil serta mencapai barang di lantai.

Untuk lebih terhibur, tonton video menarik ini di bawah.

@cheyennefissori

I think getting out of bed did it for him 😂🤷🏽‍♀️ #pregnancy #9monthspregnant #babydaddyproblems #watermelonchallenge

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Sumber: Tiktok

Nurul Nabila