Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Cuci Dan Jual Semula Alat ‘Swab Test’ Yang Dah Digunakan, Lima Pekerja Syarikat Farmasi Ditahan

Beberapa orang pekerja sebuah syarikat farmasi dilaporkan telah ditangkap di Indonesia kerana disyaki mencuci dan menjual semula alat ujian calitan COVID-19 yang telah digunakan.

Menurut BBC, syarikat yang dikenali sebagai Kimia Farma itu kini menghadapi tindakan undang-undang kerana seramai 9,000 penumpang  di lapangan terbang Medan telah diuji dengan menggunakan alat calitan tersebut.

Pihak polis mengesyaki bahawa penipuan itu berlaku sejak Disember tahun lalu di lapangan terbang Kualanamu di Medan, Sumatera Utara.

Syarikat itu menjadi pembekal alat ujian rapid antigen untuk digunakan di lapangan terbang itu. Dalam keadaan pandemik yang masih lagi merebak, orang ramai diwajibkan untuk menjalani ujian calitan jika ingin menaiki kapal terbang.

Lima pekerja termasuk pengurus syarikat itu telah ditangkap oleh pihak polis pada minggu lali.

Mereka dituduh melanggar undang-undang kesihatan dan pengguna dengan mencuci alat calitan dan membungkus semula untuk dijual.

Media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa telah mengumpulkan laporan dari 23 saksi dan sedang menyiasat sama ada keuntungan yang diperoleh dari penipuan itu yang berjumlah 1.8 bilion rupiah (RM513, 764) digunakan untuk membina rumah mewah yang dimiliki salah seorang suspek.

Tidak dapat menerima perbuatan tersebut, syarikat Kimia Farma telah memecat pekerja yang terlibat dan berjanji akan memperketatkan kawalan dalaman.

Mencatatkan sekitar 1.7 juta kes positif COVID-19, pihak berkuasa negara itu dilaporkan telah mengesan dua kes varian COVID-19 baharu di negara itu.

Sumber: BBC

Sofea

There's always another side to every story