Siakap Keli

Gebenor Riau Arah Semua Kereta Kerajaan Dipulangkan, Elak Pegawai Kerajaan Guna Balik Beraya Di Kampung

Semua kereta hak milk kerajaan yang digunakan penjawat awam daerah di Riau, Indonesia perlu dipulangkan semula ke agensi masing-masing bagi menghalang mereka untuk pulang ke kampung menjelang hari raya.

Arahan melalui surat itu dikeluarkan oleh Gabenor Riau, Syamsuar.

Pegawai Pentadbiran Daerah Riau, Masrul Kasmy berkata, pengumpulan semula kereta kerajaan tersebut adalah berikutan larangan rentas daerah dan negeri bagi tujuan beraya seperti yang ditetapkan pihak kerajaan.

“Perintah pengumpulan kereta pegawai mulai hari ini hingga 17 Mei adalah kerana berkaitan dengan larangan pulang ke kampung ketika pandemik COVID-19.

“Dengan begitu kita akan lebih berupaya mengawal pegawai kita dengan mengumpulkan sementara kereta yang digunakan di pejabat mahupun mana-mana aset kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun terdapat beberapa kenderaan yang dikecualikan bagi kepentingan kerajaan seperti kenderaan kesihatan, hospital, bahagian perhubungan, pegawai tadbir dan mana-mana yang diperlukan.

Sumber: CNN Indonesia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.