Siakap Keli

Buluh Tak Ada, Wanita Ini Buat Lemang Guna Cawan Kertas Je, Lembut Dan Sedap

Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walau disambut dengan suasana yang berbeza, Syawal tetap perlu diraikan. Antara hidangan wajib ada di pagi raya adalah rendang yang dimakan bersama ketupat dan lemang. Kalau tak ada, macam tak lengkap raya!

Ha, bila sebut sahaja lemang, mesti ada yang dah terkenang kenangan membakar lemang bersama keluarga di kampung. Walau sedih tak dapat pulang ke kampung tahun ni, korang masih je boleh ‘bakar’ lemang di rumah tapi dengan cara yang sikit berbeza.

Menerusi perkongsian oleh Puan Nur Masri menerusi Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), beliau memasak lemang menggunakan cawan kertas dan hasilnya memang lembut dan sedap.

Buluh lemang tak ada, guna cawan je

Buluh lemang tak ada, buat lemang cawan je…. Rasa ok je lemang ni, macam ketupat palas pon ada sebab kukus, guna pulut susu memang lembut… sedap.

RESEPI LEMANG CAWAN KUKUS

Bahan- bahan

2 kg pulut susu rendam 4 jam

3 bj kelapa ambil santan dan campur dgn garam spy lemak

Daun pisang

Cawan kertas

Cara ada di setiap gambar.

Letak daun pisang keliling cawan kertas.

Isi lima sudu besar beras pulut.

Dapat 20 cawan.

Isi santan lebih sikit dari paras beras pulut.

Susun dalam periuk kukus.

Kukus selama satu jam setengah.

Siap, daun pisang yang lebih bahagian atas tu boleh lipat ke bawah tekan-tekan sikit bahagian atas pulut bagi rata.

Dah sejuk boleh potong.

Untuk lebih jelas, boleh tonton video di bawah:

Sumber: FB Nur Masri via FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.