Ayam goreng sememangnya diminati oleh pelbagai golongan. Bagi kanak-kanak, sudah pasti ianya antara makanan yang digemari dan sering menjadi pilihan.
Bagi yang nak cuba resepi baru untuk buat ayam goreng tu, mungkin resepi yang dikongsikan di bawah dapat membantu anda.
Menerusi kiriman Encik Adnan bin Mat Abu pada laman Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), beliau telah berkongsikan resepi ayam goreng berdasarkan permintaan netizen kepadanya.
Resepi ini dinamakan resepi AYAM GORENG ABAH kegemaran ACU. Perkongsian beliau telah mendapat lebih 2k perkongsian dan 3.8k tanda suka di Facebook.
Jom ikuti perkongsian resepi ayam goreng ala-ala KFC ni.
Resepi AYAM GORENG ABAH kegemaran ACU.
Pecahkan 10 biji telur dlm blender. Tambah sesudu kecil garam dan 5 sudu besar minyak masak. Kisar seketika supaya telur dgn minyak bercampur sekata. JANGAN CAMPUR AIR . Tuang dlm bekas besar. Campurkan 5 sudu besar tepung bestari ori dan 5 sudu besar tepung bestari pedas. Gaul sekata dlm bancuhan telur tadi baru masukkan ayam yg dah dibersihkan. Peraplah lebih kurang 1 jam. Panaskan minyak dlm periuk biasa. Gaul ayam yg dah diperap tadi dgn tepung bestari. Gorenglahlah dlm minyak yg byk supaya ayam tenggelam. Tutup periuk supaya ayam masak sekata. Cubalah pd yg nak resepi tadi.





“Alhamdulillah selepas 10 minit digoreng, ni lah kejadiannya.”
Ok, begitulah resepinya.. Senang je kan? Selamat mencuba.