Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

TERKINI: Kes Baharu Covid-19 Hari Ini Melonjak, 4,498 Kes Dengan 22 Kes Kematian

Sebanyak 4,498 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia melonjak sebanyak 432,425 kes setakat Jumaat (7 Mei 2021), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sepuluh (10) negeri mencatatkan kes tertinggi iaitu Selangor dengan 1,424 kes, Sarawak 750 kes, Kuala Lumpur 436 kes, Johor 327 kes, Pulau Pinang 313 kes, Kelantan 297 kes, Kedah 209 kes, Negeri Sembilan 188 kes, Perak 148 kes, Sabah 153 kes dan lain-lain lagi.

Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:

Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 22 lagi kes kematian berkaitan Covid-19 pada hari ini.

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.