Bertugas sebagai petugas barisan hadapan atau lebih umum disebut sebagai ‘frontliner’ ini memang sesuatu yang sangat mencabar jiwa. Tidak cukup berhempas-pulas menguruskan pesakit di wad hospital, mereka juga turut berdepan dengan cabaran di luar.
Baru-baru ini, seorang pembantu perubatan (medical assistant), Haqeem yang juga bertugas sebagai petugas pasukan ambulans dan bas yang membawa pesakit COVID-19 di kawasan Klang, Selangor berkongsi tentang realiti situasi semasa pandemik.
Antara skop tugasannya adalah membawa pesakit ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS Serdang, Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kusta Negara.
Haqeem menceritakan segala apa yang berlaku tentang situasi semasa pandemik COVID-19 ini daripada A sampai ke Z menerusi satu bebenang di laman Twitternya, ismihqeem. Jika kita baca luahannya, mata hati kita akan terbuka bahawa wabak ini memang benar-benar ‘real’, bukan rekaan dan jauh lagi konspirasi. Jom ikuti bebenang di bawah.
Sekitar Klang sahaja harini dilaporkan dalam 700 lebih kes covid positif menunggu bed. 2 org mati di rumah. Dalam 1 hari kami bole handle paling maksimum dalam 80 orang untuk trace location, pick up, dikumpulkan dan dihantar ke Maeps, Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kusta Negara pic.twitter.com/7zPlQdi4qm
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Jelas Haqeem, setakat semalam saja kira-kira 700 kes positif yang sedang menunggu katil. 700, bukan 70. Ia jumlah yang sangat banyak. Dan agak menyedihkan, dua orang pesakit juga didakwa meninggal dunia di rumah. Ini bukan rekaan ya, ini daripada kaca mata mereka sendiri.
Proses nak trace patient bg kami sgt mencabar coz ada yg bagi location salah, miscommunication, xd line, n paling mencabar if ada patient yg language barier e.g bukan warganegara/pati. Kdg2 salah ambik patient sebab nama/ic lebih kurang & tmpt tinggal mereka terlalu terpencil pic.twitter.com/hr7IhxuySo
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Selain itu, mereka juga turut berdepan cabaran untuk menjejaki pesakit COVID-19 yang dikenal pasti. Walaupun hanya dalam kawasan Klang sahaja, namun ada banyak halangan mereka perlu tempuh.
Kalau korang semua nampak jer ambulans bunyi siren kami mintak jasa baik anda untuk bagi laluan kepada kami supaya proses untuk pick up patient berjalan dgn lancar. Proses untuk pick up pesakit dianggarkan dlm 2-3 jam on road. Itu belom lagi tmasuk masa trafic jam pic.twitter.com/tOXx44TA5E
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Sebab itulah ketika di jalan raya, tambah-tambah lagi jika berlaku kesesakan, apabila terdengar sahaja bunyi siren daripada kenderaan penguatkuasaan khususnya ambulans dan bomba, bekerjasamalah memberi laluan kepada mereka. Mereka sedang membawa nyawa manusia.
Ramai orang cakap segala data yang pihak KKM tu semua tipu dan saja nak menakot-nakotkan masyarakat. Kadang-kadang sedih dengan komen netizen. Sebab kami buat kerja seikhlas hati untuk anda semua. Kalau lah angka itu menipu, better kami dduk rumah dgn keluarga itu lagi bagus pic.twitter.com/yUN6Eiwp6M
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Hujah Haqeem di atas ini memang benar. Tidak dinafikan, terdapat segelintir pihak yang tidak ‘sehaluan’ dengan situasi semasa negara. Pelbagai hujah yang tidak kukuh digembar-gemburkan, namun hakikatnya Haqeem selaku petugas lebih tahu dan merasai apa yang berlaku.
Bila bulan puasa lagi lah teruji, berbuka dengan apa yang ada sahaja janji tertunai tanggungjawab seorang Islam. Alhamdulillah agak ramai NGO jugak yang volunteer sedekahkan juadah berbuka kepada kami semua. Moga kamu semua dimurahkan rezeki. Ameen pic.twitter.com/3aeznNDQ5v
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Kalau kita pernah mengeluh sebab tidak dapat masuk ke bazar Ramadan kerana kapasiti pengunjung sudah penuh atau barisan terlalu panjang, Haqeem sebenarnya merasai cabaran yang jauh lebih berat berbanding kita. Sekurang-kurangnya kita masih boleh beli juadah di tempat lain, namun bagi Haqeem apa yang ada di tangan, itu sajalah yang dimakannya.
Selalunya pick up petang hari start dari pkul 2pm-6pm n setel pick up patient. Smua patient akan bergerak ke destinasi naik bas. Setiap org akan distribute mgikut keterukan ksihatan masing2. So korang boleh bygkan setiap kali sampai ke tmpt kuarantin wajib akan ada suasana mcmni~ pic.twitter.com/g2ewAg2aV7
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Jika lihat situasi di atas, ia kelihatan macam orang ramai beratur panjang untuk masuk ke kawasan bazar Ramadan. Selalunya situasi begini agak mencabar, sebab perlu beratur lama menunggu giliran masing-masing. Inilah hakikatnya yang sama berlaku di pusat kuarantin setelah pesakit-pesakit ini diambil dan dihantar ke sini.
First, kami akan distribute mengikut races dan gender. Contohnya:
MALE WARGANEGARA
MALE BUKAN WARGANEGARA
PEREMPUAN WARGANEGARA
PEREMPUAN BUKAN WARGANGERABudak yang berumur 12 tahun kebawah dan OKU boleh stay skali dengan penjaga JIKA ahli keluarga dan tiada waris pic.twitter.com/nyYw05GAEs
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Ada lelaki tempatan, ada lelaki warga asing, ada perempuan tempatan, ada perempuan warga asing. Kenapa perlu pengkelasan? Kenapa juga perlu disaring sekali lagi? Ini kerana ianya akan membantu kakitangan kesihatan untuk mengetahui keadaan semasa pesakit ketika itu.
Setiap pengkelasan itu pula disaring semula sebelum masuk ke hall/bilik masing2 JIKA pesakit mempunyai sejarah penyakit kronik atau acute. Kenapa perlu disaring?? Kerana mudah bagi staff untuk monitor kesihatan pesakit dan beri perhatian lebih kepada pesakit tersebut
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Contoh penyakit kronik ialah hypertension, diabetes mellitus, kidney desease, cardiovascular desease, asthma dan byk lagi lah. Contoh pnyakit acute plak ialah pneumonia, asthma attack, appendicitis dan banyak lagi lah. This is BIG WHY kita berbeza tmpt kuarantin dgn patient2 lain
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Sebab itulah di pusat kuarantin, pesakit-pesakit ini akan diasingkan mengikut keadaan kesihatan masing-masing. Difahamkan, langkah ini sangat praktikal kerana setiap pesakit itu berupaya terhindar daripada sebarang risiko luaran.
Jika status kesihatan anda kurang memuaskan, anda jgn risau sebab staff akan distribute anda di tempat yang sepatotnya. Apa yg anda patot risau adalah anda refuse untuk kuarantin. Bila anda kuarantin di rumah sgtlah berisiko sebab bila2 je symptom bole develop n jd makin worst 🤚🏻 pic.twitter.com/MOHdO3JYlk
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Ianya jauh berbeza dengan kuarantin kendiri di rumah. Memang umumnya semua orang boleh kuarantin diri sendiri di rumah, tapi rasanya langkah penjagaan itu dipercayai mungkin tidak ‘terperinci’ sebagaimana dikuarantin di pusat kuarantin.
Atau kalau korang tak tahu nk tanya berkaitan dgn persoalan, korang bole hubungi hotline pkd daerah masing2. Adalah sgt bagus jika anda call dhulu pihak berwajib sbelum anda sendri yang decide. Tapi satu je, hotline yg tertera selalu busy. Bykkan bersabar ya semua… pic.twitter.com/4AvfedLaJn
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Di kala pandemik yang makin memuncak kini, kita sendiri perlu faham bahawa semua pihak yang terlibat secara langsung berdepan dengan cabaran-cabaran tertentu. Maka kitalah yang perlu ada rasa sabar, simpati dan empati terhadap keadaan semasa.
Dan akhir sekali, saya nk pesan pada masyarakat, ini adalah tangggungjawab kita semua. Kurangkan menyalahkan orang lain, lebihkan MEMBACA dan AMALKAN SOP. Walaupun susah, cuba sdaya upaya. Kami yakin anda seorang yang hebat, bukannya
“WORDS SPEAK LOUDER THAN ACTIONS”
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Menarik ciapan di atas, Haqeem menasihatkan kita agar banyakkan membaca. Membaca yang dimaksudkan mungkin menyentuh tentang pembacaan maklumat atau sebarang info daripada sumber yang sahih. Bukan apa, kita pun tahu, terlalu banyak berita palsu yang tersebar daripada ‘tangan-tangan ghaib’.
Dan saya nk ucapkan beribu-ribu terima kasih kpd yg mendoakan keselamatan, kemudahan dan kesihatan bg kami semua. Moga Allah balas jasa baik korang dgn apa yang didoakan. Selamat ber-PKP kepada warga Malaysia!!
STAY STRONG WE LOVE YOU#KitaJagaKita #MuslimFriendlyPPE #PKP3 pic.twitter.com/8o0p4Uj5lT
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Semoga Haqeem dan barisan petugas yang lain terus cekal memikul tanggungjawab ini. Kita pula selaku orang awam, jadilah barisan sokongan yang berada di belakang mereka untuk menyokong, memberi kerjasama dan mempercayai usaha mereka. Semoga wabak ini akan berakhir tepat pada masanya. Ameen.
Sumber: Twitter Ismihqeem