Siakap Keli

(Video) Viral Kembali Rakyat Malaysia Menari Zapin Di Tengah-tengah Jalan Korea, Dapat Pujian Netizen

Tarian tradisional di Malaysia sememangnya tidak akan pernah lapuk dek zaman, bahkan ia tetap akan menjadi satu warisan dan lambang kebudayaan yang akan sentiasa dijaga.

Salah satu tarian tradisional yang terkenal di negara ini adalah tarian zapin yang cukup sinonim dengan negeri Johor.

Dengan alunan lagu yang rancak dan gerak tari yang tangkas, ia merupakan tarian tradisional yang amat mengasyikkan.

Lebih membanggakan, tarian zapin ini juga pernah mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh UTP Performing Arts Group (UPAG) di laman TikTok, sekumpulan penari yang dipercayai pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) sedang melakukan persembahan tarian zapin di Korea Selatan.

Diiringi lagu dendangan Noraniza Idris, street performance itu betul-betul diadakan di laluan jalan di Cheonan.

Rakyat Korea Selatan juga dilihat sangat fokus dan teruja walaupun  menonton tarian tersebut dalam keadaan hujan.

@upag_utp

Reply to @nrlhidyh21 Zapin Dance To Korea 🇲🇾💙✨ #cheonankorea #foryou #fyp #UPAGUTP #traditionaldance #tiktokmalaysia #malaysia

♬ original sound – UTP Performing Arts Group – UTP Performing Arts Group

Menurut UPAG di ruangan komen, persembahan tarian itu berlangsung pada tahun 2018.

Ramai warganet yang merasa bangga dan teruja melihat tarian tradisional Melayu itu menyinar di persada dunia.

 

Sumber: UTP Performing Arts Group

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.