Siakap Keli
Gambar Hiasan

Masihkah Tarian ‘Ulek Mayang’ Ini Dimainkan Di Tepi Pantai Pada Bulan Purnama? Ini Kisahnya

Masyarakat Melayu sudah dikenali dengan pelbagai kesenian yang tersendiri yang diperturunkan dari zaman berzaman kerana orang melayu tersangatlah kreatif dalam mencipta apa-apa perkara termasuklah dalam pelbagai tarian, nyanyian dan sebagainya.

Antara kesenian yang diperturunkan dari zaman dahulu dan masih dimainkan sehingga kini ialah seni tarian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007) bermaksud gerakkan jari dan badan beriiraman mengikut renda muzik. Nenek moyang kita menggunakan tarian ini sebagai titik mula untuk komunikasi dengan alam. Contohnya, mereka membuat tarian sebagai fenomena semulajadi, seperti ribut petir, gempa bumi, letupan gunung berapi, kemarau dan sebagainya.

Penduduk awal kawasan ini mengadakan aktiviti ritual untuk memberi makna pada kehidupan mereka dalam lingkungan persekitaran fizikal dan rohani mereka. Mereka mengamalkan animisme, mempercayai kewujudan semangat dalam persekitaran semula jadi,misalnya sungai, gunung, laut dan hutan. Oleh itu, mereka mencipta ritual-ritual yang lengkap serta mengandungi pergerakan berbentuk gerak tari.

Salah satu contoh terdekat ialah tarian ‘ulek mayang’ yang diperkenal dari negeri Terengganu. Tarian ini asalnya bermula pada cerita dari laut dimana 7 orang puteri jatuh hati pada seorang pemuda nelayan. Tarian ini akan dimainkan pada musim memuja pantai  pada waktu malam dan disertai oleh 10 ke 15 orang penari.

Pada zaman kegemilangan teknologi ini, tarian ini tidak lagi dimainkan pada musim tersebut dan hanyalah diamainkan sebagai teater persembahan negeri . Lirik beserta pantun tarian ini telah diubah setelah kedatangan Islam pada zaman dahulu supaya tidak ada unsur yang bertentangan dengan Islam.

Ulek mayang  menampilkan persembahan melibatkan 7 orang puteri, seorang dukun dan seorang yang terkena sampuk. Orang yang terkena sampuk ini mempunyai dua versi iaitu seorang lelaki yang terkena semasa bermain sepak taktraw dan seorang lelaki nelayan. Durasi persembahan ini selalunya 10 hingga 30 minit untuk satu persembahan.

Sejarah Ulek Mayang

Sejarah ulek mayang bermula pada zaman dahulu, sekumpulan nelayan keluar ke laut menangkap ikan dengan perahu. Tiba-tiba, mereka telah dilanda ribut yang amat dasyat di tengah lautan sehingga perahu yang dinaiki mereka telah dipukul ombak ganas. Kesemua nelayan terhumban di dalam laut yang bergelora sambil terkapai-kapai menyelamatkan diri. Akhirnya mereka kepenatan dan beralah dengan takdir apabila gagal menyelamatkan diri dari kekuatan ombak laut yang tidak dapat dikawal lagi.

Seterusnya, ribut menjadi reda dan kembali kepada sedia kala. Tubuh para nelayan tersebut telah dihanyutkan ke pantai. Seorang demi seorang nelayan terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Akan tetapi, salah seorang daripada nelayan tersebut tidak sedarkan diri. Mereka menyangka bahawa nelayan tersebut telah mati namun, ternyata tubuhnya masih bernyawa apabila diperiksa.

 Seterusnya, ribut menjadi reda dan kembali kepada sedia kala. Tubuh para nelayan tersebut telah dihanyutkan ke pantai. Seorang demi seorang nelayan terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Akan tetapi, salah seorang daripada nelayan tersebut tidak sedarkan diri. Mereka menyangka bahawa nelayan tersebut telah mati namun, ternyata tubuhnya masih bernyawa apabila diperiksa.

Rakan-rakannya berasa sedih dan mengeshaki bahawa jiwa nelayan yang tidak sedarkan diri itu berada di alam lain walaupun jasadnya ada bersama mereka. Zaman tersebut lebih juga dikenali sebagai zaman animisme dimana bomoh digunakan untuk meyembuh penyakit seseorang. Oleh itu, nelayan-nelayan tersebut memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali nelayan tersebut. Bomoh tersebut mengubatinya dengan bacaan mantera dan apabila diseru, bomoh tersebut mendapati nelayan itu telah dipukau oleh semangat laut.

Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menguji kesemua nelayan tetapi hanya seorang yang tertarik.  Dipercayai nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia nyata namun, Puteri itu telah menyeru seorang kakaknya untuk membantu. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang puteri sehingga menjadi enam orang kesemuanya.

Pertarungan antara bomoh dan puteri-puteri tersebut menjadi semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Apabila pertarungan menjadi sangat sengit, muncullah Puteri ke-7, iaitu puteri yang sulung. Puteri ini memiliki rupa yang lebih rupawan, lebih kuat dan bijaksana. Setelah itu, bomoh telah merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semula semangat nelayan tersebut. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.

Dari sinilah kesemua nelayan itu terhutang budi kepada para puteri tersebut. Untuk membalas budi puteri-puteri tersebut mereka mempelawa nasi yang berwarna sebagai tanda penghargaan. Perkara ini masih diamalakan sehingga kedatangan Islam untuk membalas budi dan menyeru semangat laut.

Namun begitu, upacara Ulek Mayang telah diubah kepada nyanyian setelah kedatangan Islam dan hanya ditarikan sebagai hiburan tanpa memasukkan unsur-unsur khurafat seperti mantera dan jampi. Antara kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Kewujudan mantera dalam bentuk puisi dapat dilihat pada kebanyakan mantera seperti yang terdapat dalam lagu ulek mayang. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Mayang merupakan bahan utama dalam tarian ulik mayang. Mayang tersebut akan dibangkit dengan semangat dan dibangunkan dengan semah asal usul. Semah bermaksud sajian berupa makanan, binatang dan sebagainya yang disediakan untuk makhluk halus.

Dalam perubatan pawang akan menggunakan mayang pinang yang masih lagi dalam seludangnya. Mayang pinang tersebut tidak boleh digunakan untuk kegunaan ritual setelah seludangnya pecah.Apabila sampai waktunya, pawang akan membakar kemenyan dalam dupa yang siap dengan bara api, dan seterusnya melihat arah asap yang sekaligus memberi petunjuk bahawa arah itulah nanti penyakit akan dibuang dan dari arah yang berlawanan pula “Puteri Tujuh Beradik” dipanggil bagi menyempurnakan proses pengubatan.

Sewaktu upacara persembahan diadakan, ianya akan diiringi oleh seloka dan pantun oleh rakan-rakan pesakit yang lainnya. Persembahan ini dilakukan beramai-ramai terutamanya pada waktu malam bulan purnama di tepi pantai dengan membuat bulatan.
Pada mulanya, tidak ada alat muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya, para penari terdiri dari mereka yang berusia antara lingkungan 15 hingga 40 tahun. Persembahan dimulakan dengan membaca doa untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa sebarang kemalangan.
Sumber Google
Sumber:
  1. http://ceriteradimensi.blogspot.com/2013/01/misteri-tarian-ulik-mayang.html
  2. http://tutudutta.blogspot.com/2013/08/ulek-mayang.html
  3. https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=3112
  4. https://wysard.wordpress.com/2007/07/01/the-legend-of-ulik-mayang/

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang