Siakap Keli
jemaah cacat penglihatan kaabah
Kredit: TikTok

“Luluh Hati,” Ramai Sebak Tengok Jemaah OKU Penglihatan Berdoa Depan Kaabah

“Luluh Hati,” Ramai Sebak Tengok Jemaah OKU Penglihatan Berdoa Depan Kaabah

Umrah merupakan salah satu ibadah sunat yang biasa dijalankan oleh umat Islam apabila berpeluang mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi.

Salah satu rukun umrah adalah menunaikan ibadah tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Ketika ini, ramai yang merasa sedih dan sebak kerana dapat melihat kiblat bagi setiap umat Islam di dunia dengan menggunakan pancaindera sendiri.

Sungguhpun begitu, tidak semua orang dikurniakan dengan nikmat penglihatan yang baik. Ada yang kehilangan deria penglihatan disebabkan penyakit ataupun kemalangan, ada juga yang tidak dapat melihat sejak dari lahir lagi.

Namun, ini tidak menghalang bagi para jemaah Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan daripada merasa sebak ketika berdepan dengan Kaabah buat kali pertama.

Berdasarkan hantaran video tular di laman TikTok Andalusia HQ (@umrahandalusiadotcom) hari ini, dapat dilihat bagaimana pihaknya mengendalikan sekumpulan jemaah yang mengalami masalah penglihatan.

Difahamkan jemaah-jemaah istimewa tersebut di bawa khas oleh badan bukan kerajaan, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia – Pertis

Berdasarkan video TikTok yang berdurasi dua minit itu, jemaah-jemaah ini telah dipimpin oleh mutawif, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Firdaus Rock. 

Pada awal video berkenaan, Ustaz Firdaus telah memaklumkan kepada jemaah yang dipimpinnya bahawa mereka sudah berada di hadapan Kaabah.

“Jemaah sekalian, kita semua di depan Kaabah. Kita semua dah sampai depan Kaabah,” ucap Ustaz Firdaus di hadapan semua jemaah.

Beliau telah memimpin jemaah-jemaah istimewa itu untuk menjalani ibadah tawaf yang menjadi salah satu rukun dalam ibadah umrah.

Ketika memulakan ibadah tawaf, Ustaz Firdaus Rock berada di hadapan para jemaah dan memimpinnya, manakala jemaah-jemaah lain meletakkan tangan di atas bahu jemaah lain bagi memastikan tiada seorang pun tercicir ketika melakukan tawaf bersama-sama.

“Allahuakbar, in sya Allah kita akan mulakan ibadah tawaf,” ujar Ustaz Firdaus sewaktu ingin melafazkan niat tawaf.

Suasana menjadi sedikit sedih apabila suara Ustaz Firdaus membacakan doa sebelum melakukan tawaf dengan suara yang agak sebak.

“Terimalah umrah kami. Mudahkan urusan kami. Mudahkan ibadah kami. Bantulah kami Ya Allah. Bantulah orang yang membantu kami Ya Allah,” lafaznya dengan nada sebak.

Apabila selesai melakukan tawaf, Ustaz Firdaus telah membawa semua jemaah untuk berada di hadapan pintu Kaabah.

kaabah jemaah cacat penglihatan
Kredit: TikTok

Ketika itu, beliau meminta untuk semua jemaah mengambil peluang untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT di hadapan salah satu tempat paling suci dalam agama Islam itu.

Kesungguhan jemaah ini berdoa di hadapan pintu Kaabah menyebabkan ramai warga maya tersentuh dan merasa sebak.

Kredit: TikTok

Kekurangan yang dialami bukanlah satu penghalang bagi seseorang untuk beribadah apatah lagi menyerahkan diri kepada Allah SWT.

“Semoga jemaah istimewa ini dapat peroleh pahala umrah yang maqbullah dan diberikan nikmat melihat suatu hari nanti,

“Kalau anda ada bersama sama dengan insan istimewa ketika ini , apakah perasaan anda?” tulis Andalusia HQ pada ruangan komen.

Video menyentuh emosi itu telah meraih kira-kira 4.2 juta jumlah tontonan serta 566k likes dan 18.7k komen daripada pengguna media sosial.

@umrahandalusiadotcom

“ LULUH HATI MELIHAT JEMAAH ISTIMEWA INI TIBA DI HADAPAN KAABAH 🕋😭 ” Bagi insan yang celik, video ini adalah bukti ibadah umrah yang telah disempurnakan, namun bagi tetamu Allah yang istimewa dari PERTIS ini, kenangan ini pasti diabadikan dalam sanubari mereka dan bakal ditayangkan semula di hadapan yang Maha Pencipta di akhirat kelak. Semoga jemaah istimewa ini dapat peroleh pahala umrah yang maqbullah dan diberikan nikmat melihat suatu hari nanti . Kalau anda ada bersama sama dengan insan Istimewa ketika ini , apakah perasaan anda?🥹 Semoga bermanfaat Jangan lupa like & kongsi untuk lebih banyak lagi tips dan info berkaitan haji dan umrah ! #umrahandalusia2024#umrah2024 #umrahandalusia #andalusiatravel #elakkanscamumrahhaji

♬ Illahi Moqaleb Al Qoulob – Mohamed Tarek

 

“Mengalir air mata tengok video ni… saya pun ada dua org anak OKU cacat penglihatan… Semoga ada rezeki saya bawa mereka kesana…Insha Allah,” seorang ibu meluahkan perasaannya di ruangan komen.

BACA: Tawar Gaji RM5,000, Pembuat Roti Canai Dicari Di Singapura

Sumber: @umrahandalusiadotcom via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma