Siakap Keli
Hail Amir Meninggal Dunia
Gambar: BERNAMA

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 3.43 petang ini.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia Rozaidi Abdul Jamil yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi mengesahkan perkara itu.

“Kami (Seniman) sebenarnya baru sahaja ingin melawat beliau di HKL, namun pihak hospital menelefon kami dan memberitahu bahawa beliau telah meninggal dunia,” katanya kepada Bernama.

Allahyarham Hail Amir meninggal dunia pada umur 76 tahun.

Sementara itu, Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah berkata jenazah Hail dijangka dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Ukay Perdana dekat sini.

“Beliau dimasukkan ke hospital kira-kira tiga hari lalu akibat komplikasi paru-paru,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata persatuan amat berdukacita atas pemergian Hail ke negeri abadi namun reda dengan kehendak Allah.

Hafiz berkata kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga serta mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di syurga.

Sumber: BERNAMA

BACA: Apa Beza Status Tanah Hakmilik Sementara, Hakmilik Kekal, “Leasehold” & “Freehold”?

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?