Siakap Keli
keadaan faisal halim
Gambar: Stadium Astro

Keadaan Faisal Halim Tidak Berapa Baik – Shahril

Keadaan Faisal Halim Tidak Berapa Baik – Shahril

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan keadaan pemain Selangor Football Club (FC), Faisal Halim tidak begitu baik selepas pemain itu melakukan pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam hari ini.

Memetik Sinar Harian, pemain berusia 26 tahun itu kini berada dalam pemerhatian doktor selepas pembedahan berkenaan.

Ketika ditanya mengenai keadaan semasa pemain itu, beliau bagaimanapun enggan memberitahu dengan lebih lanjut.

Menurutnya, perkembangan terkini Faisal sedang dinantikan olehnya.

“Dia telah menjalani pembedahan pertama, tetapi saya boleh katakan keadaan dia tidak berapa baik.

“Sukar untuk saya ceritakan dan ketika ini dia sedang dalam pemerhatian doktor,” beritahunya kepada Sukan Sinar.

Semalam, pemain Harimau Malaya itu telah disimbah asid dalam satu kejadian di sebuah pusat membeli belah di Damansara.

Faisal telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan melecur tahap dua pada badan.

BACA: Troli Dah Penuh, Ni Cara Nak ‘Check Out’ Barang Serendah RM1 Kat Shopee

Dalam perkembangan lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah menahan seorang suspek bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek telah diberkas di Pandan Indah, Ampang.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian.

“Setakat ini pihak polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal),” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin

Menurut beliau, polis turut memanggil beberapa saksi bebas pada hari yang sama untuk membantu dalam siasatan.

Difahamkan, dalam kejadian pada Ahad, pemain Selangor FC itu dihampiri oleh dua individu yang menunggang motosikal sebelum mereka menyimbah asid kepadanya.

Susulan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Apa Beza Status Tanah Hakmilik Sementara, Hakmilik Kekal, “Leasehold” & “Freehold”?

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?