Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Malam Tekan ‘Start’, Pagi Baru Teringat, Berapa Lama Baju Boleh 'Peram' Dalam Mesin Basuh?

mesin basuh
Kredit: ChatGPT

Mesin basuh boleh dikatakan antara keperluan harian yang banyak memudahkan urusan di rumah.

Nak basuh baju kerja, pakaian anak-anak atau tuala, masukkan sahaja ke dalam mesin, tambah detergen dan tekan butang ‘start’.

Sementara menunggu cucian selesai, bolehlah kita memasak, mengemas rumah atau berehat selepas seharian bekerja.

Namun, dalam banyak-banyak urusan itu, ada satu perkara yang kadangkala terlupa. Mesin dah lama berhenti, tetapi baju masih belum dikeluarkan untuk dijemur.

Ada juga yang membasuh pada waktu malam dengan niat nak menjemurnya sebelum tidur. Sekali terlena, esok pagi baru teringat ada satu mesin penuh baju yang masih ‘menunggu’.

Tapi pernah tak terfikir, sebenarnya berapa lama baju basah boleh dibiarkan dalam mesin selepas selesai dibasuh?

Jom SK kongsikan perkara ini menerusi perkongsian Public Health Malaysia di bawah;

Baju Yang Dibasuh Berapa Lama Boleh Terperap Dalam Mesin Basuh?

Pernah tak tekan butang mesin basuh pukul 11 malam, lepas tu tertidur?

Pagi esok buka penutup. Bau tu terus naik ke hidung.

Hapak.

Ramai ambil jalan mudah. Jemur je, nanti bau hilang. Atau sembur pewangi banyak-banyak.

Rupa-rupanya bau hapak tu bukan bau baju tak kering.

Itu bau kehidupan.

Kain basah dalam drum yang tertutup, gelap dan lembap ialah tempat paling selesa untuk kulat dan bakteria membiak. Bau masam tu datang dari bahan yang dihasilkan oleh bakteria semasa ia membiak.

Pakar dobi menasihatkan baju basah dikeluarkan dari mesin dalam tempoh 8 hingga 12 jam. Tuala lagi cepat, sebab ia simpan air lebih banyak dan lambat kering.

Kalau dah lepas had tu dan berbau, basuh semula. Pewangi cuma menutup bau, bukan membuang punca.

Musim hujan, masalah kedua muncul.

Baju tak sempat kering di luar, jadi kita sidai dalam rumah. Atas kerusi, depan TV, dalam bilik tidur.

Seorang pakar penyakit kulat menjelaskan, satu muatan basuhan yang disidai dalam rumah boleh melepaskan hampir 2 liter air ke udara. Sidai baju dalam rumah boleh naikkan kelembapan rumah sehingga 30 peratus.

Rumah lembap ialah rumah kulat.

Untuk kebanyakan orang sihat, badan mampu melawan spora kulat. Tapi untuk penghidap asma, ia boleh mencetuskan batuk dan semput. Untuk mereka yang imuniti lemah, seperti pesakit kanser yang sedang buat kemoterapi, sesetengah spora kulat boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius.

Jadi apa yang patut berubah?

Basuh bila anda memang ada di rumah untuk keluarkan baju. Kalau mesin ada fungsi tunda atau delay start, set supaya ia habis masa anda bangun, bukan masa anda tidur.

Kalau terpaksa sidai dalam rumah, pilih ruang yang ada pengudaraan dan buka tingkap. Jauhkan dari bilik tidur dan ruang tamu.

Biarkan pintu mesin basuh terbuka sedikit lepas guna supaya drum kering. Sekali-sekala, jalankan kitaran kosong dengan air panas untuk bersihkan drum, dan sental getah pintu yang selalu ada kesan hitam.

Mesin basuh sepatutnya membersihkan baju.

Tapi kalau baju tidur semalaman di dalamnya, mesin tu bertukar jadi rumah kepada kuman yang anda cuba buang.


Intipati
  • Pakar dobi menasihatkan baju basah dikeluarkan dalam tempoh 8 hingga 12 jam.
  • Kain lembap dalam mesin tertutup boleh menjadi tempat kulat dan bakteria membiak.
  • Menyidai baju dalam rumah boleh meningkatkan kelembapan serta menjejaskan penghidap asma.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan