Siakap Keli
soft cookies air fryer
Sumber: aniqclone via TikTok

Cara Buat ‘Soft Cookies’ Mudah, Guna Air Fryer Je

Cara Buat ‘Soft Cookies’ Mudah, Guna Air Fryer Je

Trend makanan selalu jadi sensasi dan mencuri perhatian warga maya di media sosial. Dengan berlambak video review makanan terutama di TikTok, makin menjadi-jadilah nafsu makan kita.

Baru-baru ni, makin ‘hype’ trend soft cookies yang disantap bersama susu full cream.

Banyak juga pengguna media sosial yang dah try sebenarnya. Video ‘review’ soft cookies pun sudah banyak dikongsikan.

Nampak menarik dan sedap, jadi kita pun mestilah tak nak ketinggalan untuk try kan?

Sebab itulah SK hari ini akan kongsikan resepi soft cookies yang mudah, dengan hanya menggunakan air fryer di rumah. Resepi ini diambil daripada perkongsian seorang pengguna TiKTok (@aniqclone).

@aniqclone

Soft cookies Air Fryer 🍪 . . . #cookies #softcookies #foodie #foodstagram #ramadan #ramadhan #dessert #cookie #recipe #recipes #resepi #foodblogger #resepimasakan #foodlover #foodgasm #foodgram #chocolatechipscookies #airfryer #airfryers #airfryerrecipes #airfryerrecipe #kongsibersama

♬ Nice and Easy – Louis Adrien

Resepi soft cookies ‘crunchy di luar, chewy di dalam’

Mula-mula, cairkan mentega dalam kuali yang panas sehingga bertukar sedikit perang. Orang kata, kalau mentega keperangan, cookies akan lebih sedap. Bila mentega dah cair dan agak keperangan, tutup api dan biarkan seketika supaya menyejuk.

Kemudian, sediakan satu wadah bersih, dan masukkan 2/4 cawan gula perang, 1/4 cawan gula putih dan 1/2 cawan mentega yang dicairkan tadi. Lalu, kacau semuanya sehingga sebati.

Seterusnya, masukkan pula sebiji telur dan sedikit vanilla essence, dan kacau semula sehingga sebati.

Selepas itu, masukkan satu cawan tepung gandum, satu sudu makan tepung jagung dan satu sudu teh baking soda. Kemudian, gaul sebati semua bahan sehingga tiada ketulan.

Lalu, masukkan 1/2 cawan masing-masing chocolate chip dan dark chocolate chip. Kemudian, kacau semuanya dengan lembut supaya bahan-bahan tadi tak ‘over beat’.

Selepas itu, boleh bulatkan adunan tadi dan letak dalam bekas, lalu simpan dalam peti sejuk dan rehatkan selama 25 minit.

Akhir sekali, boleh bakar adunan tadi dalam air fryer dengan suhu 175 celsius selama 11 hingga 13 minit. Tapi, suhu dan masa bakar berbeza mengikut kebesaran cookies dan air fryer masing-masing.

Sementara tunggu soft cookies sejuk, boleh sediakan susu full cream bersama ais dalam cawan ataupun mangkuk.

Cookies crunchy di luar dan ‘chewy’ di dalam, santap pula dengan susu full cream, memang combination terbaik.

Selamat mencuba.

BACA: China: Ibu Mertua Upah Kren Angkat Menantu Baru Bersalin Ke Rumah Di Tingkat 7

Sumber: aniqclone via TikTok

Sharifah Hannah Adibah