Siakap Keli
Gambar: @nashrose18

(Video) Jenis Tak Jaga Hati ‘Member’, Keldai Ni Gelak Besar Lepas Tengok Anjing Terkena Renjatan Elektrik

Video yang memaparkan satu kejadian di sebuah ladang yang membabitkan anjing serta seekor keldai telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan dua kejadian. Satu berkenaan dengan anjing dan satu lagi berkenaan dengan keldai yang terdapat di ladang tersebut.

Semuanya tampak seperti normal sehinggalah salah seekor daripada anjing wanita berkenaan terkena renjatan elektrik apabila tersentuh pagar yang terdapat di ladang tersebut.

Walaupun pada awalnya pasti ramai diantara kita akan berasa kasihan akan nasib anjing itu, namun video tersebut terus bertukar menjadi menghiburkan apabila keldai yang berada di ladang tersebut seakan tergelak besar sejurus selepas anjing itu terkejut akibat terkena renjatan elektrik itu.

Video berkenaan telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 2 juta kali.

@nashrose18

Poor Izzy got shocked…and the Donkey laughed at her.@_hailey_ann_rose_ @avengedx06 #donkey #boxer #fyp #shock #electricfence #laughing #dog

♬ original sound – HI.

Sumber: @nashrose18

Aqmal Ezany

I write what is right