Siakap Keli
Foto: Halim Sue

“Hitam, Keras Dah Kulit Dia Tapi…,” Petua Simpan Petai Supaya Tahan Lama Dan Tak Kecut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan petai antara ulam yang menjadi kegemaran ramai. Namun, ianya hanya bermusim dan tidak sentiasa ada. Tetapi kalau datang musimnya, tentu ramai yang suka membeli dalam kuantiti yang banyak kan?

Sehinggakan ada masalah untuk menyimpan dalam jangka masa yang panjang. Korang jangan risau, SK ingin kongsikan cara menyimpan ulam ini supaya tidak kecut dan kekal ranggup serta tahan lama. Petua menarik ini dikongsikan oleh Halim Sue menerusi laman Facebooknya.

Rupanya selama ni saya silap… Dulu saya kupas siap dan frozen kan… Hasilnya petai semua jadi lecur dan lembik.

Tapi setelah terbaca komen tips cara simpan petai. Alhamdulillah. Petai tu saya simpan dengan kulit dalam deep freezer dekat dua bulan. Hitam keras dah kulit.. Tadi cuba defrost kupas. Freshnya isi dalam, tak lecur dan tak lembik.

Akan saya guna cara ni sampai bila-bila…

 

Sumber: Halim Sue

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.